Skip to main content

Dunia

Iran beri amaran akan bertindak balas terhadap serangan AS

Smoke rises at an unknown location following what U.S. Central Command says is a new wave of strikes against Iran on Tuesday after three tankers were hit by projectiles in the Strait of Hormuz, in this still image taken from video released July 7, 2026. U.S. Central Command/Handout via REUTERS THIS IMAGE HAS BEEN SUPPLIED BY A THIRD PARTY. MANDATORY CREDIT. VIDEO MASKED AT SOURCE. TPX IMAGES OF THE DAY VERIFICATION: - Location and date could not be verified. - No earlier version of the video found posted on
Asap kelihatan naik di lokasi yang tidak dikenal pasti susulan gelombang baharu serangan terhadap Iran, menurut Pemerintah Pusat Amerika Syarikat. - Foto REUTERS
Advertisement

TEHRAN: Iran berikrar akan memberikan tindak balas tegas terhadap serangan Amerika Syarikat (AS) yang menyasarkan beberapa lokasi di selatan negara itu sehingga mengakibatkan beberapa individu cedera.

Dalam satu kenyataan, Markas Pemerintahan Bersama Khatam al-Anbiya menyifatkan serangan itu sebagai bukti kegagalan AS mematuhi memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai antara kedua-dua pihak.

Menurut kenyataan itu, Angkatan Tentera Republik Islam Iran berikrar akan bertindak balas dengan tegas terhadap apa yang disifatkannya sebagai tindakan pencerobohan dan keganasan oleh AS.

Tentera Iran turut menegaskan bahawa mereka tidak akan membenarkan sebarang campur tangan asing dalam urusan Selat Hormuz, sambil mengulangi bahawa laluan selamat bagi kapal dagang dan kapal tangki minyak di selat strategik itu hanyalah melalui laluan yang ditetapkan oleh Republik Islam Iran.

Kenyataan tersebut dikeluarkan selepas beberapa siri serangan dilaporkan berlaku di sekurang-kurangnya tiga lokasi di selatan Iran.

Di Pulau Qeshm, pulau terbesar berhampiran Selat Hormuz, sekurang-kurangnya enam letupan dilaporkan kedengaran.

Sementara itu, antara tujuh hingga sembilan serangan turut dilaporkan berlaku di Pelabuhan Sirik yang menghadap Selat Hormuz, menyebabkan beberapa individu cedera sebelum dikejarkan ke hospital di Minab.

Di Bandar Abbas pula, sekurang-kurangnya 10 letupan dilaporkan berlaku dengan beberapa dermaga serta sebuah menara telekomunikasi dipercayai menjadi sasaran serangan.

Setakat ini, pihak berkuasa Iran belum mengumumkan jumlah sebenar mangsa yang cedera atau tahap kerosakan akibat serangan berkenaan.
 

Must Watch Video

Advertisement