awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 ditahan kes pergaduhan bersenjata di Lukut
YAPEIM sasar kutip RM70 juta dana infak tahun ini - Zulkifli
Enam lelaki ditahan bantu siasatan kes rusuhan di Melaka Raya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Iran beri amaran balas terhadap ancaman Trump, Netanyahu

Astro Awani
Astro Awani
07/01/2026
10:15 MYT
Iran beri amaran balas terhadap ancaman Trump, Netanyahu
Amir (foto) menegaskan tidak akan berdiam diri terhadap retorik bermusuhan yang dianggap campur tangan dalam urusan dalaman negara. -Gambar fail/X - The Global Eye
TEHRAN: Ketua Tentera Iran, Jeneral Amir Hatami, memberi amaran keras bahawa Republik Islam itu akan bertindak balas terhadap sebarang ancaman luar, khususnya dari Amerika Syarikat dan Israel, yang menyokong protes anti-kerajaan di negara itu.

Ringkasan AI
  • Ketua Tentera Iran, Jeneral Amir Hatami, mengeluarkan amaran tegas terhadap ancaman luaran, khususnya Amerika Syarikat dan Israel, yang menyokong protes anti-kerajaan di negara itu.
  • Iran menegaskan tidak akan berdiam diri terhadap retorik bermusuhan yang dianggap campur tangan dalam urusan dalaman negara.
  • Ketegangan meningkat di Iran berikutan protes besar-besaran selepas nilai mata wang merosot dan tekanan ekonomi meningkat, dengan Iran menuduh AS dan Israel sebagai dalang ketidakstabilan domestik.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Dalam kenyataan yang disiarkan agensi berita Fars, Amir Hatami menegaskan Iran tidak akan “berdiam diri” terhadap peningkatan retorik bermusuhan yang disifatkan sebagai cubaan mencampuri urusan dalaman negara.
“Republik Islam Iran menganggap peningkatan retorik bermusuhan terhadap rakyatnya sebagai satu ancaman dan tidak akan bertolak ansur jika ia berterusan tanpa tindak balas,” katanya.
Kenyataan itu dibuat beberapa hari selepas Presiden AS Donald Trump menyatakan Washington “bersedia untuk bertindak” sekiranya pihak berkuasa Iran menggunakan kekerasan terhadap penunjuk perasaan.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, turut menyuarakan sokongan terhadap rakyat Iran yang menuntut perubahan.
Amir Hatami memberi amaran bahawa sebarang “kesilapan oleh musuh” akan dibalas dengan lebih tegas berbanding konflik 12 hari antara Iran dan Israel pada Jun lalu.
Ketegangan meningkat sejak akhir Dis apabila protes besar-besaran tercetus di Tehran dan beberapa bandar utama susulan kejatuhan nilai mata wang rial dan tekanan ekonomi yang semakin meruncing.
Kerajaan Iran menuduh kuasa asing, khususnya AS dan Israel, sebagai dalang mengapi-apikan ketidakstabilan domestik.
Media tempatan melaporkan pasukan keselamatan Iran meningkatkan tahap kesiapsiagaan di sempadan barat dan selatan, termasuk memperkukuh sistem pertahanan udara dan kehadiran tentera darat.
Penganalisis politik serantau menjangkakan kenyataan Amir Hatami bertujuan memberi isyarat bahawa Iran bersedia mempertahankan kedaulatannya sekiranya berlaku campur tangan ketenteraan asing.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah amaran yang diberikan oleh Ketua Tentera Iran, Jeneral Amir Hatami, kepada pihak luar yang menyokong protes anti-kerajaan di Iran? A: Jeneral Amir Hatami memberi amaran keras bahawa Iran tidak akan “berdiam diri” terhadap peningkatan retorik bermusuhan dari Amerika Syarikat dan Israel yang disifatkan sebagai cubaan mencampuri urusan dalaman negara.
  • Q: Apakah tindakan yang akan diambil oleh Iran jika peningkatan retorik bermusuhan terhadap rakyatnya terus berterusan? A: Iran tidak akan bertolak ansur dan akan bertindak balas terhadap sebarang peningkatan retorik bermusuhan terhadap rakyatnya tanpa pengabaian.
  • Q: Mengapakah Ketua Tentera Iran menegaskan bahawa Iran tidak akan bertoleransi terhadap kesilapan oleh musuh? A: Jeneral Hatami menegaskan bahawa sebarang “kesilapan oleh musuh” akan dibalas dengan lebih tegas berbanding konflik sebelumnya antara Iran dan Israel pada bulan Jun.
  • Q: Apakah kesan protes besar-besaran di Iran terhadap ketegangan politik di negara tersebut? A: Ketegangan meningkat sejak protes besar-besaran tercetus di Tehran dan bandar utama susulan kejatuhan mata wang rial serta tekanan ekonomi yang semakin meruncing.
  • Q: Apakah langkah keselamatan yang diambil oleh Iran bagi menghadapi ketegangan politik yang semakin meningkat? A: Iran telah meningkatkan tahap kesiapsiagaan pasukan keselamatan di sempadan barat dan selatan, termasuk memperkukuh sistem pertahanan udara dan kehadiran tentera darat.

Topic Berkaitan
#Iran
#Amir Hatami
#amaran balas
#Trump dan Netanyahu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami