TEHRAN: Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, menyelar tindakan Amerika Syarikat (AS) yang didakwanya melakukan kekejaman di laut selepas menenggelamkan kapal frigat Tentera Laut Iran, Dena, dan memberi amaran bahawa Washington akan menyesal atas tindakan tersebut.
Dalam satu hantaran di platform X, Araghchi mendakwa serangan itu berlaku di perairan antarabangsa kira‑kira 3,219 kilometer dari pesisir Iran, tanpa sebarang amaran awal.
Advertisement
The U.S. has perpetrated an atrocity at sea, 2,000 miles away from Iran's shores.
Frigate Dena, a guest of India's Navy carrying almost 130 sailors, was struck in international waters without warning.
Mark my words: The U.S. will come to bitterly regret precedent it has set. pic.twitter.com/cxYiI9BLUk— Seyed Abbas Araghchi (@araghchi) March 5, 2026
Beliau turut menjelaskan bahawa kapal berkenaan membawa hampir 130 kelasi dan berada di kawasan tersebut sebagai tetamu Tentera Laut India.
“AS telah melakukan kekejaman di laut, 2,000 batu jauhnya dari pesisir Iran.
"Kapal frigat Dena, yang merupakan tetamu Tentera Laut India dan membawa hampir 130 kelasi, telah diserang di perairan antarabangsa tanpa amaran,” katanya.
Araghchi turut memberi amaran bahawa tindakan itu mewujudkan satu duluan berbahaya yang bakal membawa implikasi besar terhadap keselamatan maritim global.
“Ingat kata‑kata saya: AS akan menyesal atas duluan yang telah mereka tetapkan ini,” tegas beliau, dalam kenyataan yang dilihat meningkatkan ketegangan di antara kedua‑dua negara.