awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Ops Khas JISA untuk audit 500 syarikat pengendali syarikat bas, lori mulai Isnin ini - JPJ
MALAYSIA
Kemampuan PDRM tangani ancaman keganasan diiktiraf di peringkat antarabangsa - Saifuddin
DUNIA
Ilie Bolojan dilantik Perdana Menteri Romania selepas persetujuan kerajaan gabungan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Iran desak Majlis Keselamatan PBB kuat kuasa Resolusi 487 berhubung serangan nuklear Israel

Bernama
Bernama
20/06/2025
14:15 MYT
Iran desak Majlis Keselamatan PBB kuat kuasa Resolusi 487 berhubung serangan nuklear Israel
Araghchi menekankan bahawa jika UNSC melaksanakan resolusi itu, ia juga mesti memperincikan butiran pelaksanaannya kepada masyarakat antarabangsa. - Gambar Reuters
TEHRAN: Menteri Luar Iran Abbas Araghchi menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) supaya melaksanakan dan menguatkuasakan Resolusi 487 yang diterima pakai pada 1981 sebagai tindak balas terhadap tindakan agresif Israel ke atas kemudahan nuklear Iraq, lapor Agensi Berita Mehr (MNA).
Dalam satu hantaran di akaun X beliau pada Jumaat, Araghchi berkata reaktor air berat di Arak - yang berada di bawah pengawasan ketat sistem perlindungan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dan sedang dibangunkan mengikut spesifikasi teknikal yang dipersetujui di bawah Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA) - telah diserang oleh Israel pada Khamis.
Beliau menegaskan bahawa adalah penting untuk UNSC, yang dijadual bersidang hari ini, mempertahankan dan melaksanakan Resolusi 487 berikutan serangan Israel terhadap kemudahan nuklear Iraq seperti yang diiktiraf dalam resolusi berkenaan pada 1981.
"Sebarang serangan ketenteraan terhadap kemudahan nuklear adalah bersamaan dengan serangan terhadap sistem perlindungan IAEA dan satu pelanggaran Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT)," katanya sambil menambah bahawa Resolusi 487 bukan sahaja perlu diguna pakai terhadap tindakan lampau, tetapi juga untuk insiden akan datang.
Araghchi menekankan bahawa jika UNSC melaksanakan resolusi itu, ia juga mesti memperincikan butiran pelaksanaannya kepada masyarakat antarabangsa.
"Sekiranya rejim Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT) gagal, maka Majlis Keselamatan PBB bersama rejim Israel perlu dipertanggungjawabkan," katanya.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Iran
#Israel
#PBB
#UNSC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami