awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Iran desak mesyuarat Majlis Keselamatan PBB berhubung serangan Israel

Bernama
Bernama
13/06/2025
11:00 MYT
Iran desak mesyuarat Majlis Keselamatan PBB berhubung serangan Israel
Serangan terbaru Israel telah mengejutkan orang ramai, termasuk penduduk di Tehran ini yang dalam keadaan berjaga-jaga kerana impaknya turut melibatkan kawasan awam. - Reuters
TEHRAN: Iran menggesa mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) susulan serangan udara Israel ke atas beberapa tapak nuklear dan kawasan awam di seluruh negara itu awal pagi Jumaat, lapor Agensi Berita Mehr (MNA).
Dalam sepucuk surat kepada UNSC, Misi Tetap Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan bahawa serangan Israel itu merupakan satu tindakan pencerobohan dan menegaskan bahawa Iran berhak mempertahankan diri selaras dengan undang-undang antarabangsa.
Misi Iran itu berkata rejim Israel telah melancarkan serangan ke atas puluhan sasaran ketenteraan, nuklear dan awam, dan menyifatkannya sebagai "pengisytiharan perang" terhadap Iran.
Ia turut menggesa Majlis Keselamatan mengecam serangan yang dilaporkan termasuk pembunuhan pegawai tentera Iran serta menyasarkan infrastruktur sensitif termasuk kemudahan nuklear.
Surat itu mengulangi bahawa hak Iran untuk mempertahankan diri secara sah kekal utuh di bawah Piagam PBB.
Menurut laporan media Iran, serangan Israel bermula sekitar jam 3 pagi waktu tempatan (2330GMT) Jumaat dan menyasarkan kemudahan ketenteraan, nuklear serta kawasan kediaman.
Sebagai tindak balas, Iran melancarkan lebih 100 dron ke arah Israel dalam beberapa jam lalu dan usaha pemintasan sedang dijalankan.
Kedua-dua pihak dilaporkan bersiap sedia menghadapi kemungkinan konfrontasi ketenteraan, dengan Iran dilaporkan merangka pelan serangan balas melibatkan peluru berpandu balistik yang menyasarkan wilayah Israel, menurut laporan media antarabangsa.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Iran
#serangan Israel
#tapak nuklear
#Majlis Keselamatan PBB
#UNSC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan