Skip to main content

Dunia

Iran kecam serangan udara AS, beri amaran kepada negara jiran

A missile unveiled by Iran is launched in an unknown location in Iran in this picture received by Reuters on August 20, 2020. WANA (West Asia News Agency) via REUTERS
Tehran mengeluarkan amaran kepada negara jiran, khususnya di pesisir selatan Teluk Parsi, supaya tidak membenarkan ruang udara, pangkalan tentera atau kemudahan mereka digunakan bagi melancarkan serangan terhadap Iran. -Gambar fail/Reuters
Advertisement

TEHRAN: Kementerian Luar Iran mengecam serangan udara terbaharu Amerika Syarikat (AS) di kawasan pantai selatan negara itu yang disifatkannya sebagai pelanggaran serius terhadap memorandum persefahaman (MoU) yang dipersetujui sebelum ini, lapor Al Jazeera.

Jurucakap kementerian itu berkata tindakan ketenteraan AS pada awal pagi Rabu melanggar Perkara 2(4) Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selain bercanggah dengan Perenggan 1 MoU yang menggariskan penghentian operasi ketenteraan.

Susulan insiden itu, Tehran mengeluarkan amaran kepada negara jiran, khususnya di pesisir selatan Teluk Parsi, supaya tidak membenarkan ruang udara, pangkalan tentera atau kemudahan mereka digunakan bagi melancarkan serangan terhadap Iran.

"Mana-mana negara jiran yang dikesan memberikan kerjasama atau kemudahan kepada pihak penceroboh untuk melancarkan serangan terhadap Iran akan dianggap sebagai bersubahat dan mengambil bahagian dalam tindakan tersebut.

"Sambil mengingatkan Majlis Keselamatan PBB mengenai tanggungjawabnya, Angkatan Tentera kami tidak akan teragak-agak mempertahankan kedaulatan negara berdasarkan Perkara 51 Piagam PBB," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Kementerian itu turut mendakwa serangan AS berkenaan menyasarkan beberapa pusat pemantauan dan pengawasan maritim milik tentera Iran di sepanjang pantai selatan negara itu.

 

Must Watch Video

Advertisement