awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Sokongan terhadap PM Anwar meningkat kepada 55 peratus - Merdeka Center
DUNIA
[KOLUMNIS] Niat sebenar Trump adalah ingin ‘jajah’ Iran
HIBURAN
Elite kembali gegar pentas dengan konsert ELITE LIVE ‘25 September depan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Iran lancar peluru berpandu Kheibar Shekan dalam serangan terbaharu ke atas Israel

Astro Awani
Astro Awani
23/06/2025
10:34 MYT
Iran lancar peluru berpandu Kheibar Shekan dalam serangan terbaharu ke atas Israel
Peluru berpandu Khyber, juga dikenali sebagai Kheibar Shekan, merupakan sebahagian daripada keluarga Khorramshahr dan mempunyai jarak jangkauan sehingga 1,450 kilometer. -Gambar fail/X @IRIran_Military
TEHRAN: Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) mengumumkan pelancaran peluru berpandu balistik jenis Khyber (Qadr H) dalam serangan terbaharu ke atas Israel.

Ringkasan AI
  • Iran melancarkan peluru berpandu balistik Khyber (Qadr H) dalam serangan ke-20 ke atas Israel, menggunakan taktik baharu bersama dron pintar dan peluru berpandu pelbagai jenis untuk meningkatkan ketepatan dan keberkesanan.
  • Serangan menyasarkan lokasi strategik di Israel termasuk Lapangan Terbang Ben Gurion dan pusat kawalan tentera, dengan peluru berpandu Khyber yang sukar dikesan radar dan mampu menyesuaikan trajektori semasa penerbangan akhir.
  • IRGC memberi amaran bahawa tindak balas masa depan akan lebih dahsyat, sambil menegaskan keupayaan sebenar ketenteraan Iran masih belum sepenuhnya didedahkan.

Dalam kenyataan dikeluarkan jabatan perhubungan awam IRGC, peluru berpandu generasi ketiga itu digunakan dalam gelombang ke-20 Operasi True Promise III, yang turut melibatkan penggunaan dron pintar dan peluru berpandu bahan api pepejal serta cecair.
“Dalam operasi ini, peluru berpandu Khyber digunakan buat kali pertama dengan taktik baharu yang mengejutkan untuk mencapai ketepatan, kemusnahan, dan keberkesanan yang lebih tinggi,” kata kenyataan itu sebagaimana dipetik agensi berita rasmi IRNA.
IRGC mendakwa serangan itu menyasarkan sasaran strategik di seluruh wilayah yang diduduki Israel, termasuk Lapangan Terbang Ben Gurion, pusat penyelidikan biologi dan pusat kawalan tentera alternatif.
Peluru berpandu Khyber, juga dikenali sebagai Kheibar Shekan, merupakan sebahagian daripada keluarga Khorramshahr dan mempunyai jarak jangkauan sehingga 1,450 kilometer.
Ia dilengkapi dengan sistem panduan satelit dan hulu peledak boleh dikendali yang mampu menyesuaikan trajektori ketika fasa akhir penerbangan.
Reka bentuk aerodinamiknya yang tidak mempunyai aileron menjadikannya sukar dikesan radar dan sukar dipintas oleh sistem pertahanan seperti Iron Dome dan David’s Sling.
Peluru berpandu ini boleh dilancarkan dari platform mudah alih dan bersedia untuk dilancarkan dalam masa kurang 15 minit.
IRGC turut memberi amaran bahawa keupayaan sebenar tentera Iran masih belum dizahirkan sepenuhnya dan memaklumkan bahawa tindak balas selepas ini akan lebih dahsyat dan menyeluruh.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#konflik Israel-Iran
#IRGC
#Khyber
#Kheibar Shekan
#Qadr H
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami