awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KDN masih kumpul maklumat berhubung dakwaan kultus Korea Selatan
[TERKINI] Rawatan Tun M: 'Pembedahan bukan opsyen terbaik buat masa ini' - Mukhriz
Bekas Panglima Tentera Darat hadir ke ibu pejabat SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Iran mulakan operasi pembenihan awan ketika kemarau terburuk dalam sejarah

Astro Awani
Astro Awani
16/11/2025
22:30 MYT
Iran mulakan operasi pembenihan awan ketika kemarau terburuk dalam sejarah
Imej satelit yang menunjukkan paras air di Empangan Latian, Lavasan, Iran. - Foto REUTERS
TEHRAN: Pihak berkuasa Iran telah melancarkan operasi pembenihan awan dalam usaha terdesak untuk menghasilkan hujan, ketika negara itu berdepan kemarau paling buruk dalam beberapa dekad.

Ringkasan AI
  • Iran melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengatasi kemarau terburuk dalam beberapa dekad.
  • Operasi pembenihan awan dimulakan di Tasik Urmia yang hampir kering akibat kekurangan hujan.
  • Jika hujan tidak turun dalam masa terdekat, bekalan air di Tehran mungkin terjejas dan penduduk ibu kota berkemungkinan dipindahkan.

Langkah ini dimulakan di kawasan lembangan Tasik Urmia, tasik terbesar Iran yang kini hampir kering dan berubah menjadi hamparan garam akibat kekurangan hujan berpanjangan.
Menurut agensi berita rasmi IRNA, operasi pembenihan awan akan diteruskan di wilayah Azerbaijan Timur dan Barat serta beberapa kawasan lain yang terjejas teruk.
Teknik pembenihan awan melibatkan penyemburan bahan kimia seperti perak iodida ke dalam awan menggunakan pesawat, bagi merangsang pembentukan titisan air dan seterusnya hujan.
Iran sebelum ini mengumumkan telah membangunkan teknologi sendiri untuk tujuan ini.
Presiden Masoud Pezeshkian memberi amaran bahawa jika hujan tidak turun dalam masa terdekat, bekalan air di Tehran mungkin perlu dicatu dan penduduk ibu kota berkemungkinan dipindahkan.
Lebih 50 hari telah berlalu sejak musim hujan bermula, namun lebih 20 wilayah masih belum menerima sebarang hujan.
Krisis air ini turut menyebabkan 32 empangan utama hampir kering, mencetuskan kebimbangan terhadap bekalan air minuman dan pertanian di seluruh negara.
Topic Berkaitan
#pembenihan awan
#kemarau
#Tasik Urmia
#bekalan air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami