Skip to main content

Dunia

Iran nafi sasar Jordan, rayu rakyat negara itu desak penutupan pangkalan AS

Islamic Revolutionary Guard Corps
Dalam kenyataan yang ditujukan kepada rakyat Jordan, IRGC berkata Tehran tidak mempunyai sebarang permusuhan terhadap kerajaan dan rakyat negara itu.
Advertisement

AMMAN: Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran menegaskan bahawa operasi ketenteraan yang dilancarkannya tidak menyasarkan Jordan atau rakyat negara itu, sebaliknya bertujuan menyerang kemudahan ketenteraan Amerika Syarikat (AS) di negara berkenaan, lapor Al Jazeera.

Dalam kenyataan yang ditujukan kepada rakyat Jordan, IRGC berkata Tehran tidak mempunyai sebarang permusuhan terhadap kerajaan dan rakyat negara itu.

Menurut kenyataan yang dipetik media antarabangsa pada Selasa, Iran menyifatkan rakyat Jordan sebagai antara masyarakat yang paling memahami penderitaan rakyat Palestin di Gaza.

"Kami tiada permusuhan dengan negara anda. Sebaliknya, kami amat menyayangi anda, sebuah bangsa yang mulia," menurut kenyataan itu.

IRGC turut mendakwa rakyat Jordan memahami keadaan yang dihadapi penduduk Gaza dan menyedari kesan konflik berterusan di wilayah berkenaan.

Sehubungan itu, IRGC menyatakan sokongan terhadap sebarang gesaan awam di rantau itu untuk menutup pangkalan tentera AS yang ditempatkan di Asia Barat.

"Tuntutan tegas anda untuk pembubaran pangkalan pendudukan Amerika di rantau ini akan amat membantu menyelamatkan rakyat Palestin dan memulihkan keselamatan.

"Kami mendoakan kejayaan Jordan," tambah kenyataan itu.

Kenyataan itu dibuat beberapa jam selepas IRGC mendakwa melancarkan serangan peluru berpandu balistik terhadap pangkalan tentera AS di Jordan.

Dalam perkembangan sama, Angkatan Tentera Jordan memaklumkan sistem pertahanan udara negara itu berjaya memintas dan menembak jatuh empat peluru berpandu yang menceroboh ruang udara Jordan.

Sumber bebas bagaimanapun belum dapat mengesahkan dakwaan Iran berhubung kejayaan serangan tersebut.

 

Must Watch Video

Advertisement