awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir dibenar pulang bermalam di rumah
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Iran patuhi syarat perjanjian nuklear - IAEA

Agensi
Agensi
05/03/2018
23:44 MYT
Iran patuhi syarat perjanjian nuklear - IAEA
Tehran sedang melaksanakan kepatuhannya dalam perjanjian nuklear 2015, yang juga dikenal sebagai Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA).
KETUA badan memantau program nuklear Iran Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dengan Amerika Syarikat dan lima negara lain mengesahkan Tehran patuh dalam perjanjian nuklear 2015, yang juga dikenali sebagai Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA).
Menurut Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) Yukiya Amano pemeriksa mempunyai akses ke semua lokasi yang mereka perlukan di Iran dan tiada sebarang halangan dari pentadbiran di negara itu.
"Sehingga hari ini, saya dapat menyatakan bahawa Iran sedang melaksanakan komitmen yang berkaitan dengan program nuklearnya.
"Jika JCPOA itu gagal dipatuhi, maka ia akan menjadi satu kerugian yang besar untuk pengesahan nuklear dan multilateralisme," jelasnya.
Tambahnya kerja-kerja pemeriksaan telah dipertingkatkan dua kali ganda sejak tahun 2013.
Pemeriksa IAEA pula telah menghabiskan 3,000 hari berada di lapangan di Iran dan menyerahkan hampir 2,000 maklumat sebagai bahan bukti mengenai bahan nuklear dan peralatan yang digunakan Tehran.
Pentadbiran Donald Trump sebelum in telah cuba memujuk PBB dan Kesatuan Eropah (EU) agar mengadakan rundingan semula perjanjian nuklear Iran kerana mendakwa ia tidak dipatuhi Tehran.
Topic Berkaitan
#2015
#Amerika Syarikat
#Donald Trump
#EU
#Iran
#Kesatuan Eropah
#nuklear
#PBB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan