Skip to main content

Dunia

Iran perketat kawalan keselamatan menjelang pengebumian Ali Khamenei

A member of the Basij paramilitary forces carries metal parts underneath a large banner depicting Iran's late Supreme Leader Ayatollah Ali Khamenei during preparations for a farewell ceremony for Iran's late Supreme Leader, who was killed on February 28 in Israeli and U.S. airstrikes, at the Imam Khomeini Grand Mosalla, in Tehran, Iran July 2, 2026. REUTERS/Mohammed Salem Foreign media in Iran operate under guidelines set by the Ministry of Culture and Islamic Guidance, which regulates press activity and pe
Upacara itu dijangka menjadi antara perhimpunan terbesar dalam sejarah moden Iran dengan kehadiran jutaan rakyat serta pelawat dari dalam dan luar negara. -Gambar Reuters
Advertisement

TEHRAN: Iran memperketat kawalan keselamatan serta mempergiat persiapan logistik menjelang istiadat penghormatan terakhir dan pengebumian bekas Pemimpin Tertinggi, Ayatollah Ali Khamenei, yang dijadual berlangsung dari 4 hingga 9 Julai.

Upacara itu dijangka menjadi antara perhimpunan terbesar dalam sejarah moden Iran dengan kehadiran jutaan rakyat serta pelawat dari dalam dan luar negara.

Khamenei, 86, terbunuh bersama beberapa anggota keluarganya dalam serangan udara gabungan Amerika Syarikat (AS) dan Israel di kediamannya di Tehran pada 28 Februari.

Upacara pengebumiannya ditangguhkan beberapa bulan berikutan konflik yang berlarutan.

Majlis penghormatan awam akan berlangsung di Grand Mosalla Tehran sebelum perarakan besar-besaran diadakan di ibu negara itu.

Selepas itu, acara keagamaan akan diteruskan di Qom serta beberapa lokasi di Iraq sebelum pengebumian rasmi diadakan di Mashhad pada 9 Julai.

Pihak berkuasa Iran turut mengumumkan langkah keselamatan dan logistik khas termasuk pengoperasian pengangkutan awam secara berterusan serta penutupan ruang udara di beberapa lokasi berkaitan sepanjang acara berlangsung.

Sementara itu, Pemimpin Tertinggi Iran yang baharu, Mojtaba Khamenei, dilapor masih tidak muncul di khalayak umum sejak berakhirnya perang, sekali gus mencetuskan spekulasi mengenai tahap keselamatan beliau menjelang upacara berkenaan.

 

Must Watch Video

Advertisement