awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Polis buru tiga lelaki larikan peti besi 100 kilogram
Reformasi MADANI perlu lebih daripada pendekatan rutin, kata PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Iran pintas serangan udara Israel, lapor kerosakan terhad

Bernama
Bernama
26/10/2024
09:47 MYT
Iran pintas serangan udara Israel, lapor kerosakan terhad
Pusat Kawalan Pertahanan Udara Iran maklumkan serangan udara Israel yang bermula sejurus selepas 2 pagi pada Sabtu telah berjaya ditangkis. - Foto media sosial/X @genetic26_
KUALA LUMPUR: Iran menyatakan bahawa serangan udara Israel yang menyasarkan pusat-pusat ketenteraan di Tehran, wilayah barat Ilam serta wilayah barat daya Khuzestan berjaya dipintas dan hanya menyebabkan kerosakan terhad.
Menurut Agensi Berita Republik Islam (IRNA), Pusat Kawalan Pertahanan Udara Iran dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa serangan udara Israel yang bermula sejurus selepas 2 pagi pada Sabtu telah berjaya ditangkis.
Menurut pusat kawalan itu, serangan udara berkenaan adalah sebahagian daripada langkah Israel yang semakin meningkat dan menyebabkan kerosakan terhad.
Kenyataan itu juga menggesa orang ramai untuk bertenang, mengekalkan perpaduan, dan hanya bergantung kepada berita daripada media kerajaan. Ia turut menyeru rakyat untuk tidak mempercayai khabar angin media musuh.
Israel pada awal Sabtu mengumumkan bahawa tenteranya melakukan "serangan tepat" terhadap "sasaran ketenteraan" di Iran, ketika letupan kedengaran di Tehran, lapor Agensi Anadolu.
Beberapa jam kemudian, tentera Israel mengumumkan bahawa ia telah menyelesaikan serangan udara yang disasarkan terhadap kemudahan ketenteraan Iran.
Terdahulu, IRNA melaporkan bunyi yang menyerupai letupan kedengaran di beberapa bahagian negara itu, khususnya di barat ibu negara, sekitar 2.15 pagi waktu tempatan.
Sistem antipeluru berpandu Iran diaktifkan sekali lagi di beberapa kawasan timur dan tengah kira-kira dua setengah jam kemudian sebagai tindak balas kepada serangan baharu.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Israel serang Iran
#menyasarkan pusat-pusat ketenteraan di Tehran
#berjaya pintas
#kerosakan terhad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan