DUNIA
Iran sahkan ketua pasukan aeroangkasa IRGC, tujuh komander kanan terbunuh

Brigedier Jeneral Amir Ali Hajizadeh (foto) terbunuh bersama tujuh pegawai kanan lain dalam serangan udara Israel yang menyasarkan pusat arahan bawah tanah. -Gambar fail/Facebook Pakistan Strategic Forum
TEHRAN: Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) mengesahkan Ketua Pasukan Aeroangkasa, Brigedier Jeneral Amir Ali Hajizadeh terbunuh bersama tujuh pegawai kanan lain dalam serangan udara Israel pada pagi Jumaat.
Ringkasan AI
- Ketua Pasukan Aeroangkasa IRGC, Brigedier Jeneral Amir Ali Hajizadeh, terbunuh bersama tujuh pegawai kanan lain dalam serangan udara Israel yang menyasarkan pusat arahan bawah tanah.
- IRGC menyifatkan mereka sebagai syuhada dan telah melantik Sayyid Majid Mousavi sebagai pengganti Hajizadeh, yang sebelum ini mengetuai program peluru berpandu Iran selama lebih sedekad.
- Insiden ini berlaku di tengah ketegangan memuncak antara Iran dan Israel, menimbulkan kebimbangan terhadap kemungkinan tercetusnya konflik berskala besar di Asia Barat.
Serangan itu dipercayai menyasarkan pusat arahan bawah tanah di mana Amir Ali Hajizadeh dan pegawai-pegawainya sedang mengadakan mesyuarat strategik berkaitan operasi balas terhadap Israel.
Lokasi sebenar serangan masih belum didedahkan secara rasmi oleh pihak berkuasa Iran.
Sebagai langkah segera, IRGC telah melantik Sayyid Majid Mousavi sebagai ketua baharu Pasukan Aeroangkasa pada Sabtu, menggantikan Amir Ali Hajizadeh yang mengetuai program peluru berpandu Iran sejak lebih sedekad lalu.
Insiden ini berlaku dalam konteks ketegangan yang semakin memuncak antara Iran dan Israel, dengan kedua-dua negara saling melancarkan serangan sejak minggu lalu, mencetuskan kebimbangan terhadap kemungkinan konflik berskala besar di rantau Asia Barat.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami