Skip to main content

Dunia

Iran sahkan terima mesej melalui pihak perantara

FILE PHOTO: Iran's Foreign Minister Abbas Araghchi addresses a special session of the Conference on Disarmament at the United Nations, aside of U.S.-Iran talks in Geneva, Switzerland, February 17, 2026. REUTERS/Pierre Albouy/File Photo
Araghchi menegaskan penerimaan mesej tersebut tidak bermakna Iran sedang atau telah memasuki rundingan dengan Washington. - Foto fail/REUTERS

TEHRAN: Kementerian Luar Iran mengesahkan bahawa Tehran telah menerima beberapa mesej yang disampaikan melalui pihak perantara, namun menegaskan semua mesej tersebut sedang diteliti.

Jurucakap Kementerian Luar Iran berkata, keutamaan utama negara itu ketika ini adalah mempertahankan diri susulan apa yang disifatkannya sebagai tindakan pencerobohan.

Advertisement

Beliau menegaskan Iran bersedia menghadapi sebarang bentuk serangan.

“Apa yang penting bagi negara Iran ialah mempertahankan diri daripada pencerobohan ini, dan kami bersedia menghadapi apa jua bentuk serangan, termasuk serangan darat,” katanya seperti dilaporkan agensi berita rasmi Iran, IRIB.

Dalam perkembangan berasingan, diplomat tertinggi Iran, Abbas Araghchi, memberitahu Al Jazeera awal minggu ini bahawa Iran memang menerima mesej daripada utusan khas Amerika Syarikat, Steve Witkoff.

Bagaimanapun, Araghchi menegaskan penerimaan mesej tersebut tidak bermakna Iran sedang atau telah memasuki rundingan dengan Washington.

Kenyataan itu mencerminkan pendirian tegas Tehran di tengah-tengah ketegangan serantau yang berterusan, ketika usaha diplomatik dilakukan secara tidak langsung melalui saluran perantara.
 

Must Watch Video