awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca panas: JPS Perak mohon operasi pembenihan awan
Serangan Israel di Gaza ragut 23 nyawa, antara hari paling berdarah sejak gencatan senjata
Washington Post umum pemberhentian satu pertiga tenaga kerja, kurangkan liputan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Iran sedia hentikan serangan jika Israel akhiri serangan ke atas Tehran

Bernama
Bernama
15/06/2025
21:45 MYT
Iran sedia hentikan serangan jika Israel akhiri serangan ke atas Tehran
Abbas Araghchi menegaskan, peperangan itu telah 'dipaksakan' ke atas Tehran dan Iran tidak mempunyai pilihan selain bertindak balas. - Gambar AP
TEHRAN: Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi pada Ahad berkata, Iran bersedia menghentikan serangannya ke atas Israel sekiranya Tel Aviv menamatkan serangan ke atas Tehran, lapor Anadolu Ajansi.
Bercakap kepada para duta asing di Tehran, Araghchi menegaskan, peperangan itu telah "dipaksakan" ke atas Tehran dan Iran tidak mempunyai pilihan selain bertindak balas.
"Pertahanan kami adalah sah sepenuhnya dan akan dilaksanakan dengan tegas, semata-mata sebagai tindak balas terhadap pencerobohan," katanya.
"Jika serangan dihentikan, tindakan balas Iran juga akan dihentikan."
Ketegangan meningkat secara mendadak antara Iran dan Israel susulan serangan udara bersepadu Israel ke atas beberapa lokasi di Tehran, termasuk kemudahan ketenteraan dan nuklear pada Jumaat, yang mencetuskan serangan balas Iran dalam beberapa jam selepas itu.
Pada malam Sabtu, Iran melancarkan gelombang kedua operasinya yang dinamakan "True Promise III", dengan menyasarkan terutamanya kemudahan ekonomi dan industri di bandar pelabuhan Israel, Haifa.
Dalam masa yang sama, serangan Israel mengenai Kementerian Pertahanan dan depot minyak di Tehran.
Iran memaklumkan, seramai 78 orang terbunuh pada hari pertama serangan Israel, manakala puluhan lagi, termasuk kanak-kanak, terkorban pada hari kedua.
Pertempuran ini turut menyebabkan rundingan nuklear tidak langsung antara Iran dan Amerika Syarikat yang dimediasi Oman tergendala.
Pusingan keenam rundingan itu dijadual berlangsung di Muscat pada Ahad.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#abbas araghchi
#Iran
#Israel
#serangan
#Tehran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan