DUNIA
Iran terlibat dalam rundingan gencatan senjata Gaza - Trump

Trump berkata pihak AS, Israel, Hamas termasuk Iran berada dalam fasa rundingan untuk mencari penyelesaian. - Foto fail/REUTERS
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mendedahkan bahawa Iran memainkan peranan dalam rundingan yang sedang berlangsung berkaitan konflik antara Israel dan Hamas di Gaza.
Beliau berkata di White House, pihak AS, Israel, Hamas termasuk Iran berada dalam fasa rundingan untuk mencari penyelesaian.
“Gaza kini berada dalam fasa rundingan besar antara kami, Hamas dan Israel, dan Iran sebenarnya terlibat,” kata Trump.
Bagaimanapun, beliau tidak memperincikan bentuk penglibatan Iran dalam rundingan tersebut."Kita lihat apa yang akan berlaku di Gaza. Apa yang penting bagi kami ialah membawa pulang tebusan. Itu sahaja yang boleh saya katakan," katanya.
Terdahulu, Trump mengadakan panggilan telefon dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, yang disifatkannya sebagai “berjalan lancar, dengan usaha mengelakkan kematian dan kemusnahan”.
Israel sebelum ini menolak beberapa cadangan gencatan senjata, namun pelan terbaharu yang sedang dipertimbangkan termasuk gencatan senjata selama 60 hari, pertukaran tahanan dan rundingan mengenai masa depan jangka panjang Gaza.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami