awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Penangguhan tarif mungkin dilanjutkan selepas Julai - Rumah Putih
MALAYSIA
Nanta saran JKR guna teknologi moden dalam pelaksanaan projek mega
HIBURAN
Komposer 'Mission: Impossible', Lalo Schifrin meninggal dunia pada usia 93 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Iran tiada rancangan untuk sambung rundingan nuklear dengan AS

Agensi
Agensi
26/06/2025
23:10 MYT
Sponsor Banner
Iran tiada rancangan untuk sambung rundingan nuklear dengan AS
Menurut Araghchi, tiada persetujuan atau sebarang perancangan dibuat oleh Iran untuk memulakan semula rundingan nuklear dengan Amerika Syarikat. - Gambar AP
TEHRAN: Iran menegaskan tiada sebarang rancangan untuk menyambung semula rundingan nuklear dengan Amerika Syarikat, kata Menteri Luar negara itu, Abbas Araghchi pada Khamis.
“Tiada persetujuan atau sebarang perancangan dibuat untuk memulakan semula rundingan. Tiada janji diberikan, malah tiada perbincangan langsung yang berlaku berhubung perkara ini,” katanya dalam satu temu bual yang disiarkan secara langsung di saluran berita rasmi Iran, IRINN.
Menurut Araghchi, pengalaman lalu dengan Washington memberi kesan besar terhadap pendirian Iran pada masa depan.
“Kami pernah melalui pengalaman yang amat mengecewakan dengan pihak Amerika - mereka mengkhianati proses rundingan di pertengahan jalan. Pengalaman ini pastinya akan mempengaruhi keputusan kami selepas ini.
"Namun, apa jua keputusan yang dibuat kelak akan berlandaskan kepentingan rakyat Iran, bukan berdasarkan emosi atau pertimbangan sementara yang dangkal,” tegas beliau.
Beliau turut menolak spekulasi mengenai rundingan tidak rasmi yang dikatakan sedang berlangsung di belakang tabir, sambil menjelaskan bahawa sebarang penilaian dalaman berkaitan kepentingan Iran adalah “perkara yang berbeza” dan tidak boleh disamakan dengan rundingan rasmi. - Agensi
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#konflik Israel-Iran
#rundingan nuklear
#gencatan senjata
#abbas araghchi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami