DUNIA
Iran tolak cadangan syarat nuklear oleh AS - Ali Khamenei

Pemimpin Agung, Ayatollah Syed Ali Khamenei menyifatkan cadangan yang AS adalah seratus peratus bertentangan dengan kepentingan Iran. - Gambar fail/Reuters
DUBAI: Iran menolak cadangan Amerika Syarikat (AS) berhubung rundingan mengenai isu nuklear, lapor agensi Reuters
Pemimpin Agung, Ayatollah Syed Ali Khamenei menyifatkan cadangan yang dikemukakan oleh AS untuk meninggalkan pengayaan uranium bertentangan dengan kepentingan kerajaan Republik Islam itu.
"Cadangan yang dikemukakan oleh AS adalah seratus peratus bertentangan dengan kepentingan kita," katanya.
Khamenei turut menyatakan tanpa pengayaan uranium, tidak akan dapat membantu usaha penyaluran tenaga untuk negara itu."Jika kita mempunyai 100 loji kuasa nuklear, tetapi tiada pengayaan, ia tidak akan membantu kita, kerana loji kuasa nuklear memerlukan bahan api.
"Jika kita tidak dapat menghasilkan bahan api nuklear ini dalam negara, kita (Iran) perlu beralih ke AS, mereka mungkin menetapkan sepuluh syarat untuk membekalkan bahan api nuklear," katanya.
Malah beliau turut mempersoal tuntutan AS yang dilihat menganggu urusan pentadbiran Iran.
"Perkara pertama yang kami katakan kepada pihak Amerika dan pihak lain ialah: Apakah urusan anda (AS) ada dalam hal ini? Mengapa anda campur tangan sama ada Iran harus mempunyai pengayaan atau tidak? soal Khamenei.
Beliau berkata demikian semasa ucapan sempena ulang tahun kematian pengasas Republik Islam, Ayatollah Ruhollah Musavi Khomeini di Tehran pada Rabu.
Turut hadir Presiden Iran, Masoud Pezeshkian dan beberapa barisan pemimpin kerajaan serta ratusan rakyat negara itu.
Namun Khamenei tidak memberi sebarang keputusan untuk menghentikan rundingan, namun hanya menyatakan cadangan AS itu "bercanggah dengan kepercayaan Iran untuk mandiri dan prinsip 'Kita Boleh'".
Cadangan AS untuk rundingan nuklear dibentangkan kepada Iran pada 31 Mei oleh Oman, yang menjadi pengantara perbincangan antara Menteri Luar Iran Abbas Araqchi dan utusan Timur Tengah Presiden Donald Trump, Steve Witkoff.
Selepas lima pusingan rundingan, beberapa isu sukar untuk diselesaikan masih kekal, antaranya desakan Iran untuk mengekalkan pengayaan uranium dan keengganan untuk menghantar ke luar negara keseluruhan simpanan (uranium) sedia ada.
Tehran mengulangi pendiriannya berhubung teknologi nuklear adalah untuk tujuan aman dan menafikan tuduhan kuasat Barat mengenai rancangan untuk membangunkannya sebagai senjata. -- Agensi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami