awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selepas dua tahun tersingkir, KJ sebak dapat kembali semula ke Perhimpunan Agung UMNO
Pemuda seru pintu UMNO dibuka semula, isyarat sokongan kepada Khairy Jamaluddin
Insentif pingat gangsa Sukan SEA 2027 naik RM1,000 - Dr Taufiq Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Iran: Tragedi Kerman angkara pengebom berani mati - Laporan

Bernama
Bernama
05/01/2024
09:47 MYT
Iran: Tragedi Kerman angkara pengebom berani mati - Laporan
Presiden Ebrahim Raeisi dan Menteri Dalam Negeri Ahmad Vahidi mendakwa Israel dan dan sekutunya dari Barat dalang di sebalik serangan itu. - Gambar fail/Reuters
TEHRAN: Tragedi letupan yang berlaku di kawasan sesak di bandar Kerman, Iran pada Rabu dikatakan berpunca daripada serangan pengebom bunuh diri, lapor Anadolu memetik Agensi Berita Republik Islam (IRNA).
Sekurang-kurangnya 84 orang maut dalam dua letupan di kawasan perkuburan ketika ribuan sedang berkumpul untuk memperingati ulang tahun keempat kematian Komander Tertinggi Tentera Iran Jeneral Qassem Soleimani.
Soleimani, bekas ketua Pasukan Quds Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) terbunuh dalam serangan dron Amerika Syarikat di luar Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad pada Jan 2020.
IRNA yang memetik sumber melaporkan bahawa berdasarkan siasatan terperinci, termasuk memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati letupan pertama dilakukan oleh pengebom bunuh diri dan usaha untuk mengenal pasti identiti suspek sedang dijalankan.
Menurut sumber, satu lagi letupan mungkin berpunca daripada pengebom bunuh diri namun siasatan masih diteruskan.
Sementara itu, kumpulan Daish dalam satu kenyataan di Telegram mengaku bertanggungjawab atas serangan berkenaan.
Serangan itu meragut banyak nyawa dan disifatkan insiden paling tragis sejak revolusi 1979.
Sebelum ini, Presiden Ebrahim Raeisi dan Menteri Dalam Negeri Ahmad Vahidi mendakwa Israel dan dan sekutunya dari Barat dalang di sebalik serangan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#letupan Iran
#bandar Kerman
#pengebom bunuh diri
#daish
#Jeneral Qassem Soleimani
#Presiden Ebrahim Raeisi d
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan