Skip to main content

Dunia

Iran tutup Selat Hormuz susulan dakwaan pelanggaran gencatan senjata

Vessels at the Strait of Hormuz, as seen from Musandam, Oman, June 18, 2026. REUTERS/Stringer
Menurut kenyataan yang disiarkan media Iran, langkah itu disifatkan sebagai tindak balas awal terhadap pelanggaran komitmen yang didakwa berlaku. - Reuters
Advertisement

IRAN mengumumkan penutupan Selat Hormuz kepada trafik kapal, dengan mendakwa Amerika Syarikat dan Israel melanggar perjanjian gencatan senjata.

Menurut kenyataan yang disiarkan media Iran, langkah itu disifatkan sebagai tindak balas awal terhadap pelanggaran komitmen yang didakwa berlaku.

Iran juga memberi amaran bahawa tindakan lanjut akan diambil jika pencerobohan berterusan. 

Pengawal Revolusi Iran, IRGC, turut memberi amaran kepada kapal supaya tidak menghampiri laluan perairan strategik itu atas faktor keselamatan.

Langkah itu menyusul ketika Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) JD Vance membayangkan pada Sabtu bahawa rundingan peringkat tinggi dengan Iran boleh diadakan seawal-awalnya pada Ahad (21 Jun).

Media terdahulu melaporkan sekurang-kurangnya lima terkorban dalam serangan udara terbaharu oleh tentera Israel di selatan Lubnan pada awal pagi Sabtu, lapor Agensi Anadolu Ajansi memetik sebuah akhbar tempatan.

Serangan itu tetap berlaku meskipun perjanjian gencatan senjata dilaporkan telah berkuat kuasa.

Must Watch Video

Advertisement