Skip to main content

Dunia

Iran zahir solidariti bersama Oman hadapi ancaman luar libatkan isu Selat Hormuz

https://x.com/araghchi/status/2060358081758773597/photo/1
Abbas Araghchi (kiri) dalam perbualan bersama rakan sejawatnya dari Oman, Badr Albusaidi, menegaskan komitmen kedua-dua negara untuk memperkukuh kerjasam dan merangka hala tuju masa depan yang lebih stabil. -Foto X Abbas Araghchi.

IRAN menyatakan solidariti bersama Oman dalam menghadapi sebarang ancaman luar yang boleh menjejaskan kestabilan rantau Asia Barat.

Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi dalam perbualan bersama rakan sejawatnya dari Oman, Badr Albusaidi, menegaskan komitmen kedua-dua negara untuk memperkukuh kerjasama serta merangka hala tuju masa depan yang lebih stabil bagi kepentingan bersama.

“Dalam perbualan yang sangat konstruktif dengan Menteri Luar Oman, Badr Albusaidi, saya menyatakan solidariti Iran terhadap Oman dalam menghadapi sebarang ancaman.

“Kami turut membincangkan mengenai Selat Hormuz serta pengurusan masa depannya dalam kerangka tanggungjawab kedaulatan negara dan undang-undang antarabangsa,” katanya menerusi hantaran di X semalam.

 

 

Pada masa sama, Araghchi turut mengalu-alukan rundingan dan konsultasi dengan semua negara jiran bagi menangani isu berkaitan Selat Hormuz demi menjamin keamanan, kestabilan dan keselamatan serantau.

Difahamkan, kenyataan Aragchi sebagai respons terhadap kenyataan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada 28 Mei menegaskan tiada pihak boleh mengawal laluan perdagangan antarabangsa itu.

Trump turut memberi amaran Oman perlu bertindak seperti negara lain atau berdepan tindak balas ketenteraan Amerika.

Pada 24 Mei lalu, Oman dan Iran mengadakan rundingan rasmi di Muscat yang memfokuskan prinsip kebebasan pelayaran, keselamatan perkapalan serta kelangsungan rantaian bekalan global di Selat Hormuz.

 

Must Watch Video

Advertisement