IRAQ dan Arab Saudi pada Rabu membuka semula sempadan utama untuk perdagangan antara kedua negara selepas tiga dekad penutupannya.

Duta Besar Arab Saudi ke Iraq, Abdulaziz Khalid turut serta dalam upacara memotong reben bersama menteri dalam negeri Iraq.

Sempadan ditutup pada awal tahun 1990an setelah pencerobohan Iraq ke atas Kuwait yang menyebabkan hubungan diplomatik Riyadh dan Baghdad terputus.

Hubungan diplomatik tidak dipulihkan sehingga tahun 2015.

Sehingga kini, sempadan itu hanya akan dibuka sekali setahun untuk menunaikan haji tahunan di Mekah.

Pembukaan semula sempadan ini merupakan langkah penting untuk menjalin hubungan dan mempereratkan kerjasama ekonomi Iraq-Saudi.

Pegawai Iraq berharap pembukaan semula Arar, yang terletak di selatan bandar Iraq An-Nukhaib di wilayah Anbar Barat, akan meningkatkan aktiviti perdagangan dan memberikan dorongan yang sangat diperlukan untuk ekonomi Iraq.

Bagi penduduk Anbar yang didominasi Sunni, peningkatan aktiviti perdagangan dengan kerajaan juga membawa potensi pekerjaan.