KAHERAH: Iraq menggali semula 605 mayat yang dipercayai mangsa pembunuhan Daish, berhampiran sebuah penjara di utara Iraq sejak dua tahun lalu, menurut sebuah agensi kerajaan pada Isnin.
Daish menguasai kebanyakan kawasan di utara Iraq pada 2014 dan dituduh melakukan kekejaman, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Militan pengganas telah membawa kira-kira 600 banduan dari penjara di kawasan utara Badush dan membunuh mereka, kata Dhiaa Karim, ketua Jabatan Mass Graves di Yayasan Syuhada.
"Proses menggali semula kubur mengambil masa lebih dua tahun dan 605 mayat dipindahkan," katanya pada sidang media di Baghdad, menurut agensi berita negara Iraq INA.
Mayat mereka diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tujuan pengecaman.
Kumpulan pertama 78 mayat dalam kalangan mangsa berjaya dikenal pasti, kata ketua Jabatan Perubatan Forensik, Zeid Ali.
Kerajaan Iraq mengisytiharkan kemenangan ke atas Daish pada Disember 2017. Sejak itu Iraq telah menggali kubur yang dipercayai mangsa pembunuhan pengganas di beberapa kawasan di negara itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 15 2023
Iraq menggali semula 605 mayat yang dipercayai mangsa pembunuhan Daish, berhampiran sebuah penjara di utara Iraq sejak dua tahun lalu. -Gambar fail/Unsplash
Gitar John Lennon dilelong RM3.81 juta
Sebuah gitar akustik yang lama hilang milik anggota The Beatles, John Lennon ditemui semula dan akan dipamerkan serta dilelong di New York City.
Pengusaha stesen minyak berdepan ugutan diminta buat laporan polis - Saifuddin
Pengusaha stesen minyak yang menjadi mangsa ugutan sindiket penyeludupan bahan api bersubsidi digesa membuat laporan polis.
Liga Parlimen Al-Quds: Malaysia kongsi pengalaman perjuang nasib rakyat Palestin - Syed Ibrahim
Delegasi negara berkongsikan pengalaman Malaysia sebagai usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Akta Laut Wilayah masih sah, terpakai termasuk di Terengganu - PMO
Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750) masih sah dan terpakai di seluruh Malaysia termasuk di Terengganu, walaupun Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu membuat keputusan menolak pemakaiannya.
Yakeb sasar 1,000 bekas atlet baharu tahun ini
Yakeb menyasarkan seramai 1,000 bekas atlet dapat berdaftar di bawah yayasan itu sepanjang tahun ini. Yayasan Kebajikan Atlet K
Pulau Pinang mahu perbanyak kedai makan mesra muslim
Kerajaan Pulau Pinang berhasrat memperbanyakkan kemudahan terutama kedai makan mesra Muslim bagi memperkasakan lagi industri pelancongan di negeri ini.
Tiga firma semikonduktor mahu labur AS$100 juta di Pulau Pinang - Chow
Syarikat berkenaan adalah China Wafer Level CSP Co (WLCSP), Ningbo SJ Electronics Co (SJE) dan Wuxi AMTE Inc (AMTE).
Johor pastikan masalah bekalan air ketika perayaan tidak berulang
Kerajaan negeri akan berusaha memastikan sifar masalah bekalan air pada hari raya tahun hadapan dengan beberapa langkah telah diambil.
41 kes kebakaran terbuka di Gua Musang sejak Februari - Bomba
Aktiviti pembakaran terutamanya di kebun, ladang dan hutan perlu dielakkan ketika musim panas ini.
Runtuhan bangunan di Gaza akan ambil masa 14 tahun untuk dialihkan - Pegawai PBB
Serangan Israel telah meninggalkan runtuhan yang dianggarkan seberat 37 juta tan dalam satu wilayah yang padat dengan penduduk.
Kejadian tikaman di gereja Sydney diisytihar 'tindakan pengganas'
Polis Australia isytihar kejadian tikaman di sebuah gereja di Sydney pada Isnin sebagai "tindakan pengganas."
360 orang cedera dalam serangan di dewan konsert Moscow
Wakil Pusat Perubatan Bencana Seluruh Rusia berkata mangsa yang cedera termasuk 11 kanak-kanak.
Euro 2024: Jerman perketat kawalan sempadan
Menteri Dalam Negeri Jerman Nancy Faeser mengumumkan untuk melindungi UEFA Euro 2024 daripada sebarang ancaman keganasan yang berpotensi.
Pas gesa kerajaan tidak ikut telunjuk luar isu keselamatan, kedaulatan negara
Tuan Ibrahim berkata, perkara ini mesti diuruskan dengan kewibawaan kerajaan Malaysia sendiri tanpa didorong oleh campur tangan asing.
Sedih, reda keputusan mahkamah - Najib Lep
Harapan masih disandarkan agar adiknya dan Mohammed Farik dapat menjalani hukuman di Malaysia dengan perbincangan masih dilakukan.
AS senaraikan semula Houthi sebagai pengganas
Ia dilihat sebagai usaha terbaharu Washington untuk membendung serangan ke atas kapal komersial di Laut Merah.
Pakistan bertindak balas dengan menyerang tempat persembunyian kumpulan pengganas di Iran
Kementerian Luar Pakistan berkata operasi berasaskan maklumat perisikan dengan nama kod "Marg Bar Sarmachar", membunuh beberapa orang pengganas.
Darurat Ecuador: Tentera giat cari 'lubuk' pengganas
Presiden Daniel Noboa juga telah mengisytiharkan darurat selama 60 hari dan menamakan 22 kumpulan sebagai kumpulan pengganas.
Pejuang Houthi adalah 'pengganas' - Biden
Biden berkata Washington akan bertindak balas kepada Houthi jika mereka meneruskan tingkah laku yang disebutnya keterlaluan.
OIC, China, Korea Selatan kutuk insiden pengeboman di Iran
Sekretariat OIC menzahirkan ucapan takziah kepada kerajaan Iran, rakyat dan keluarga mangsa dan mendoakan mereka yang cedera segera pulih.