awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
KKM: Kes Tibi meningkat, 2,571 kes direkodkan minggu kelima 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Iraq isytihar perintah berkurung di Kirkuk selepas pertempuran

Bernama
Bernama
03/09/2023
04:15 MYT
Iraq isytihar perintah berkurung di Kirkuk selepas pertempuran
Perintah berkurung dikeluarkan di Kirkuk, utara Iraq pada Sabtu selepas pertempuran membabitkan Kurd, Arab dan Turkmen. -Facebook The Kurds
BAGHDAD: Perintah berkurung dikeluarkan di Kirkuk, utara Iraq pada Sabtu selepas pertempuran membabitkan Kurd, Arab dan Turkmen.
Perdana Menteri Iraq Mohammed Shia' al-Sudani, yang juga mengetuai angkatan bersenjata Iraq, mengarahkan perintah berkurung dan memulakan operasi mencari di kawasan rusuhan.
Al-Sudani menegaskan bahawa pasukan keselamatan "mesti tegas dalam memberkas sesiapa sahaja yang berani menggugat keselamatan Kirkuk, dan mana-mana individu tidak dibenarkan membawa senjata sama sekalu kecuali perkhidmatan keselamatan", menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh angkatan tentera Iraq.
Pertempuran itu tercetus pada Sabtu apabila Arab dan Turkmen yang membantah rancangan mengembalikan Parti Demokratik Kurdistan (KDP) ke ibu pejabat lamanya di Kirkuk, bertempur dengan Kurdis di tapak itu.
Saad al-Baiyati, seorang pegawai dari polis wilayah Kirkuk, memberitahu Xinhua bahawa kedua-dua pihak bertempur di hadapan bekas ibu pejabat KDP, menyebabkan pasukan keselamatan campur tangan.
Bagaimanapun, tembakan disyaki dilepaskan dari pihak Kurdish, menyebabkan pasukan keselamatan bertindak balas hingga mengakibatkan kematian seorang penunjuk perasaan Kurdish manakala seorang lagi cedera, menurut al-Baiyati.
Pertempuran itu adalah yang terbaharu dalam beberapa siri ketegangan antara Kurdis, Arab dan Turkmen di Kirkuk, sebuah bandar yang dituntut oleh kedua-dua wilayah Kurdistan dan kerajaan pusat di Baghdad.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Iraq
#Mohammed Shia' al-Sudani
#Kirkuk
#Kurd Arab dan Turkmen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan