DUNIA
IRGC dakwa kuasai sepenuhnya ruang udara Israel

IRGC turut mendakwa bahawa peluru berpandu Fattah generasi pertama berjaya menembusi sistem pertahanan udara Israel. - Foto REUTERS
TEHRAN: Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) mendakwa telah memperoleh kawalan penuh ke atas ruang udara wilayah yang diduduki Israel, dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan awal pagi ini, ketika konflik bersenjata antara kedua-dua negara terus memuncak.
Ringkasan AI
- IRGC mendakwa menguasai sepenuhnya ruang udara wilayah yang diduduki Israel selepas serangan peluru berpandu terkini.
- Iran dakwa peluru berpandu mereka berjaya mengenai sasaran strategik di Tel Aviv dan menyeru penduduk agar meninggalkan kawasan berisiko.
- Israel belum mengesahkan dakwaan itu, namun ketegangan terus memuncak dengan serangan berterusan dan korban nyawa meningkat.
Kenyataan itu turut menyebut bahawa penduduk Tel Aviv kini “tidak lagi dilindungi” dan menyeru agar mereka segera meninggalkan kawasan berisiko tinggi.
IRGC menyifatkan tindakan ini sebagai “permulaan kepada kejatuhan sistem pertahanan udara Zionis.”
Setakat ini, pihak berkuasa Israel belum mengesahkan dakwaan tersebut, namun laporan media tempatan menyatakan bahawa siren amaran telah dibunyikan di beberapa kawasan termasuk sekitar Laut Mati, dipercayai akibat kebimbangan terhadap pencerobohan dron.
Ketegangan antara Iran dan Israel telah memasuki hari kelima, dengan kedua-dua pihak melancarkan serangan udara dan peluru berpandu secara berterusan.
Pertempuran ini turut mengorbankan ratusan nyawa di kedua-dua belah pihak dan mencetuskan kebimbangan antarabangsa terhadap kemungkinan tercetusnya perang berskala penuh di rantau itu.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami