Krisis yang mendepani penduduk Palestin kekal menjadi fokus perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di pentas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Sesi Ke-74.
Beliau menyifatkan Israel kini bebas melanggar undang-undang antarabangsa lantaran ada negara-negara yang mempertahankan mereka.
“Demokrat hebat bercakap tanpa henti tentang kedaulatan undang-undang. Tetapi mereka selektif. Mereka yang bergelar kawan boleh melanggar mana-mana undang-undang dan bebas daripada sebarang tindakan.
“Oleh itu, Israel boleh melanggar semua undang-undang antarabangsa dan norma dunia, dan mereka akan terus disokong dan dipertahankan.
"Negara-negara yang tidak mesra (dengan demokrat), tidak dapat berbuat apa-apa. Tidak ada keadilan di dunia,” katanya pada Jumaat.
Jelasnya, tindakan yang dilakukan oleh negara-negara Barat adalah dengan mewujudkan dan memperakui Israel yang secara terang-terangan merampas tanah Palestin serta mengusir 90 peratus populasi Arabnya.
“Sejak itu, perang berlaku di banyak negara, banyak yang berkait dengan wujudnya Israel. Namun, sekarang keganasan telah wujud walaupun sebelum ini tiada, atau mungkin tidak akan pada ketika ini.
“Tindakan ketenteraan terhadap keganasan tidak akan berjaya. Kita perlu mengenal pasti punca dan menghapuskannya. Tetapi kuasa besar enggan berurusan dengan punca utama.
“Mereka cenderung kepada tindakan ketenteraan dan sekatan. Dan mereka akan terus gagal menghentikan keganasan,” ujarnya.
Malah, beliau berpandangan, disebabkan wujudnya Israel, maka kini wujud permusuhan terhadap Islam serta penganutnya.
“Umat Islam dituduh melakukan keganasan walaupun mereka tidak melakukan apa-apa. Negara-negara Islam telah tidak stabil disebabkan kempen demokrasi dan perubahan rejim.
“Umat Islam di mana-mana telah ditindas, diusir dari negara mereka dan menolak suaka. Beribu-ribu orang mati di laut dan pada musim sejuk melampau.
“Tidak dapat dinafikan bahawa pada masa lalu tidak ada penghijrahan besar-besaran. Kini, peperangan dan ketidakstabilan akibat perubahan rejim telah memaksa mereka melarikan diri dari negara mereka,” katanya.
Harits Asyraf Hasnan
Fri Sep 27 2019
Dr Mahathir menyifatkan Israel kini bebas melanggar undang-undang antarabangsa lantaran ada negara-negara yang mempertahankan mereka. -Astro AWANI
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
37 rakyat Palestin maut dalam serangan udara di Gaza
Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Netanyahu beri keterangan di mahkamah kes rasuah, pecah amanah
Netanyahu didakwa menerima hadiah daripada rakan-rakan jutawannya, serta meminta kelonggaran penguatkuasaan bagi beberapa syarikat media.
Israel ambil langkah elak timbul ancaman selepas kejatuhan Assad - Benjamin Netanyahu
Israel ketika ini sedang mengambil langkah bagi mengelakkan sebarang ancaman yang mungkin timbul akibat kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
‘Tangan ghaib’ mahu tukar rejim Syria agar tidak ganggu kepentingan Israel, AS - Pakar
Tumbangnya rejim Bashar al-Assad di Syria adalah usaha terancang untuk mendirikan sebuah kerajaan baharu yang tidak mengganggu kepentingan Amerika Syarikat dan Israel di rantau berkenaan.
Warga Lubnan diseru keluar dari cengkaman Iran
Gantz berkata Lubnan perlu membentuk kerajaan yang stabil serta memperkukuhkan peranan tentera Lubnan.
Tentera Lubnan akan adakan mesyuarat gencatan senjata
Jawatankuasa disertai pegawai tertinggi tentera dari Amerika Syarikat (AS) dan Perancis itu turut meninjau sektor selatan Litani.
Pembinaan semula infrastruktur awam Lubnan akan dipercepat
Tinjauan kerosakan oleh pemegang taruh berkaitan akan dimulakan selepas arahan rasmi kabinet dikeluarkan.
Penduduk Gaza hampir tidak dikenali akibat luka terbakar
Keadaan bertambah buruk apabila rawatan diperlukan mangsa juga tidak dapat diberikan akibat kesesakan di hospital dan fasiliti kesihatan.