Skip to main content

Dunia

Israel dakwa bunuh komander Hezbollah dalam serangan udara

Harb’s unit was responsible for assembling explosives intended to harm IDF soldiers in southern Lebanon. He was a senior commander within Hezbollah & was responsible for numerous attacks against IDF soldiers, from the Second Lebanon War.
Menurut kenyataan rasmi tentera Israel di platform X, Harb didakwa terlibat secara langsung dalam aktiviti memasang dan mengaktifkan bahan letupan yang menyasarkan pasukan tentera Israel yang beroperasi di selatan Lubnan. -Foto X IDF

BAITULMUQADDIS: Tentera Israel mendakwa telah membunuh Abdul Harb, seorang komander unit kejuruteraan kumpulan Hezbollah, dalam serangan udara minggu lalu.

Menurut kenyataan rasmi tentera Israel di platform X, Harb didakwa terlibat secara langsung dalam aktiviti memasang dan mengaktifkan bahan letupan yang menyasarkan pasukan tentera Israel yang beroperasi di selatan Lubnan.

 

 

Tentera Israel turut menyifatkan beliau sebagai komander kanan Hezbollah yang berpengalaman, dengan penglibatan dalam siri serangan terhadap Israel sejak konflik pada 2006.

Dalam perkembangan berkaitan, tentera Israel memaklumkan pasukan udara mereka turut memusnahkan sebuah peluncur roket dalam operasi berasingan, yang didakwa digunakan oleh pejuang Hezbollah untuk melancarkan serangan ke arah pasukan darat Israel di selatan Lubnan.

Setakat ini, pihak berkuasa Lubnan mahupun Hezbollah belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi bagi mengesahkan atau menafikan dakwaan kematian komander tersebut.

 

Must Watch Video

Advertisement