Israel pada Khamis serta-merta menggantung 83,000 permit masuk bagi umat Islam Palestin sepanjang bulan Ramadan susulan kejadian tembakan yang mengorbankan empat penduduknya di Tel Aviv, hari ini.
“Semua permit bagi bulan Ramadan, terutamanya permit melawat bagi kunjungan dari Judah dan Samaria dibekukan,” menurut kenyataan dari COGAT, unit yang menguruskan hal ehwal awam penduduk di Tebing Barat.
Pembekuan itu turut melibatkan ratusan warga Palestin yang sudah mendapatkan permit masuk di Semenanjung Gaza untuk melawat sanak-saudara bersempena bulan Ramadan.
COGAT memutuskan perkara itu, selepas insiden dua warga Palestin yang melepaskan tembakan di kawasan tumpuan ramai berhampiran ibu pejabat tentera di Tel Aviv, yang dianggap sebagai antara insiden paling teruk dalam serangan ke atas penduduknya.
Minggu lalu, Israel memberikan kelonggaran bagi pergerakan penduduk Palestin bersempena bulan Ramadan, bukan sahaja melibatkan penduduk di Tebing Barat, malah di Gaza.
Kebenaran itu, hanya membenarkan 500 umat Islam untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Aqsa di Bailtulmaqdis, sebaik ibadat berpuasa itu bermula pada Isnin lalu.
Ketegangan sejak Oktober tahun lalu sudah meragut nyawa sekurang-kurangnya 207 penduduk Palestin, 28 warga Israel, dua warga Amerika Syarikat dan masing-masing warga Eritrea dan Sudan.
Pihak berkuasa Israel menyatakan, warga Palestin yang terbunuh atas kesalahan membawa senjata dan juga serangan rempuhan kereta.
Selebihnya, dalam serangan udara Israel dan juga di Semenanjung Gaza.
Agensi
Thu Jun 09 2016
Pada awal Ramadan, Israel hanya membenarkan 500 umat Islam untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Aqsa. - Gambar fail
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Penyatuan, keamanan misi mencabar untuk Syria
Ketegasan pemimpin Syria yang tidak mahu adanya campur tangan kuasa besar, dianggap tindakan bijak bagi mengelakkan Syria kembali berpecah.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan. #AWANInews
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia pada Ahad bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
TikTok Live Fest: Tiga pencipta kandungan Malaysia bakal bersaing
Ketiga-tiga wakil Malaysia itu memiliki kisah unik tersendiri sebelum dipilih sebagai pencipta kandungan serantau di tangga teratas di TikTok LIVE.
[TERKINI] Sertai PKR: Saya belum buat sebarang keputusan - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, beliau berpegang kepada prinsip membuat keputusan dengan tertib dan memaklumkan secara rasmi kepada pucuk pimpinan parti sebelum membuat sebarang pengumuman.
10,000 bantah kerajaan Netanyahu di Baitulmaqdis
Demonstrasi pada Ahad menentang kerajaan Netanyahu dan menentang pengecualian kepada lelaki Yahudi ultra-ortodoks daripada perkhidmatan tentera.
Raja Maghribi Mohammed VI arah bantuan kemanusiaan untuk Palestin
Raja Maghribi Mohammed VI mengarahkan penghantaran bantuan makanan kemanusiaan untuk penduduk Palestin di Gaza dan Kota Suci Baitulmaqdis.
Perarakan bendera Israel di Baitulmaqdis cetus kemarahan Palestin
Perarakan Bendera oleh Israel di Baitulmaqdis pada Khamis mencetuskan kemarahan dan kecaman orang awam dan pegawai Palestin.
Bukan Islam diharamkan berkunjung ke Al-Aqsa hingga Ramadan berakhir
Israel mengharamkan pengunjung bukan Islam daripada mengunjungi Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis sehingga berakhirnya Ramadan.
Palestin, Israel setuju wujud mekanisme bendung keganasan menjelang Ramadan
Persetujuan dicapai dalam satu rundingan di Mesir yang dihadiri pegawai Amerika Syarikat (AS), Mesir dan Jordan pada Ahad.
'Jangan ubah status quo Masjid al-Aqsa' - Hamas kepada Israel
Kenyataan itu dibuat ketika ketegangan kedua-dua belah pihak semakin meningkat terutama ketika menjelang bulan Ramadan.
Hari Al-Quds Sedunia: Kesedaran, naratif perjuangan pembebasan Palestin perlu terus diperhebat - Adly Zahari
Jelas Adly, naratif perjuangan dan kesedaran masyarakat terhadap isu Palestin di negara ini amat penting.
Parlimen Israel lanjutkan undang-undang larang penyatuan semula keluarga Palestin
Lanjutan undang-undang itu diluluskan dengan 20 undi menyokong manakala sembilan membantah.
Indonesia kecam lawatan Menteri Israel ke Masjid Al-Aqsa
Kementerian Luar Indonesia mengecam pencerobohan menteri Israel ke kompleks Masjid Al-Aqsa baru-baru ini, dengan menyifatkannya sebagai 'tindakan provokasi'.
Liga Arab kecam kempen 'sistematik' Israel terhadap Baitulmaqdis
Liga Arab mengecam peningkatan kempen "sistematik" Israel di Baitulmaqdis dan serangan ke atas rakyat Palestin serta mencemarkan kesucian tempat ibadat umat Islam dan Kristian