awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua kru TLDM terlibat insiden helikopter Super Lynx dirawat di ICU, zon kuning
Objek disyaki serpihan dari angkasa ditemukan di pesisir pantai di Pekan
VM2026 di KL Sentral: Pelawat teruja terima cenderamata, akui rakyat Malaysia peramah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Letupan, kebakaran di bar resort ski Crans-Montana dilapor ragut banyak nyawa

Astro Awani
Astro Awani
01/01/2026
08:30 MYT
Letupan, kebakaran di bar resort ski Crans-Montana dilapor ragut banyak nyawa
Anggota polis memeriksa lokasi kejadian kebakaran di bar dan lounge Le Constellation ketika sambutan Tahun Baharu di Crans-Montana, Switzerland, 1 Januari 2026. -Foto AP
CRANS-MONTANA: Beberapa individu disahkan maut manakala ramai lagi cedera selepas letupan kuat mencetuskan kebakaran di sebuah bar popular di resort ski mewah Crans-Montana ketika sambutan ambang Tahun Baharu awal pagi Khamis.

Ringkasan AI
  • Letupan kuat di bar popular di resort ski Crans-Montana pada sambutan Tahun Baharu menyebabkan beberapa kematian dan kecederaan, dengan punca letupan masih belum diketahui.
  • Video viral menunjukkan bangunan bar terbakar, sementara pasukan kecemasan sedang melakukan operasi menyelamat di tempat kejadian.
  • Crans-Montana, destinasi ski terkenal, kini dalam siasatan bagi mengenal pasti punca letupan, sementara talian bantuan khas ditubuhkan untuk keluarga mangsa tragedi itu.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Jurucakap polis kanton Valais, Gaëtan Lathion berkata, letupan yang berpunca daripada sebab belum dikenal pasti berlaku sekitar jam 1.30 pagi waktu tempatan di bar Le Constellation, lokasi tumpuan pelancong di kawasan pergunungan Alps.
“Kami mengesahkan terdapat beberapa kematian dan kecederaan. Operasi menyelamat masih dijalankan,” katanya kepada AFP.
Rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan bangunan bar terbakar dengan api marak, manakala pasukan kecemasan bergegas ke lokasi kejadian.
Pihak berkuasa telah menubuhkan talian bantuan khas untuk keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi itu.
Crans-Montana, yang terletak kira-kira dua jam dari Bern, terkenal sebagai destinasi ski bertaraf antarabangsa dan sering menjadi tumpuan pelancong semasa musim sejuk dan perayaan Tahun Baharu.
Setakat ini, pihak berkuasa belum mengumumkan jumlah rasmi mangsa yang terkorban atau cedera.
Siasatan awal sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar letupan, termasuk kemungkinan kebocoran gas atau kerosakan teknikal.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah yang menyebabkan letupan di bar Le Constellation di Crans-Montana? A: Sebab letupan yang mencetuskan kebakaran belum dikenal pasti oleh pihak berkuasa.
  • Q: Berapakah bilangan individu yang disahkan maut dalam kejadian letupan di Crans-Montana? A: Pihak berkuasa belum mengumumkan jumlah rasmi mangsa yang terkorban dalam tragedi tersebut.
  • Q: Apakah tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa setelah kejadian letupan di resort ski Crans-Montana? A: Pihak berkuasa telah menubuhkan talian bantuan khas untuk keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi tersebut.

Topic Berkaitan
#Crans-Montana
#resort ski
#Letupan kuat
#sambutan tahun baharu
#bar Le Constellation
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan