awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumlah kematian akibat tanah runtuh di Bandung Barat meningkat kepada 56
LKM e-panggilan lebih fleksibel, kadar fi baharu ikut tempoh berkuat kuasa esok
Murid tahun enam, bapa saudara maut dalam kemalangan di Sri Aman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Israel keluarkan 30 perintah roboh, henti pembinaan berdekatan Baitulmuqaddis

Bernama
Bernama
29/10/2025
20:00 MYT
Israel keluarkan 30 perintah roboh, henti pembinaan berdekatan Baitulmuqaddis
Pentadbiran Gabenor Baitulmuqaddis memaklumkan rejim Israel pada Isnin telah mengeluarkan 15 perintah henti kerja dan roboh yang menyasarkan rumah yang dibina tanpa permit. - Gambar Reuters/Ronen Zvulun
BAITULMUQADDIS: Pihak berkuasa Israel mengeluarkan kira-kira 30 perintah roboh yang menyasarkan rumah penduduk Palestin di Bandar Issawiya dan Za'im di utara Baitulmuqaddis yang diduduki, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).
Dalam satu kenyataan, Pentadbiran Gabenor Baitulmuqaddis memaklumkan rejim Israel pada Isnin telah mengeluarkan 15 perintah henti kerja dan roboh yang menyasarkan rumah yang dibina tanpa permit.
Sebanyak 15 lagi perintah dikeluarkan terhadap komuniti Badwi al-Sa'idi di timur Bandar Za'im.
Antara yang terlibat ialah Ahmed Awda Sa'idi, Awda Ahmed Sa'idi, Khaled Awda Sa'idi dan Muhammad Awda Sa'idi.
Pentadbiran itu menambah bahawa notis-notis berkenaan dikeluarkan ketika peningkatan berterusan tindakan Israel terhadap kawasan di Baitulmuqaddis dan merupakan sebahagian daripada dasar sistematik yang bertujuan mengusir penduduk secara paksa serta mengosongkan kawasan terbabit daripada penduduk asalnya.
Tindakan itu juga dilihat sebagai usaha untuk mengenakan realiti demografi baharu yang melemahkan kehadiran Palestin di kota berkenaan, memudahkan peluasan penempatan haram di sekitarnya serta melaksanakan Projek E1 di bawah pelan "Baitulmuqaddis Raya".
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Israel
#Palestin
#penempatan haram
#demografi baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami