awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Israel lapor kes pertama disyaki cacar monyet

Bernama
Bernama
21/05/2022
04:58 MYT
Israel lapor kes pertama disyaki cacar monyet
Cacar monyet, jangkitan yang jarang berlaku pada manusia, boleh merebak melalui kontak rapat manusia dan haiwan, dan juga boleh merebak antara manusia dengan manusia. - AP/ WHO
JERUSALEM: Kementerian Kesihatan Israel pada Jumaat melaporkan kes pertama disyaki cacar monyet selepas ia dikesan di seluruh Amerika Utara dan Eropah baru-baru ini.
Seorang lelaki berusia 30-an yang pulang dari Eropah barat telah mendapatkan rawatan di Hospital Ichilov di Tel Aviv dengan kesan luka yang mencurigakan, lapor Xinhua.
Pesakit yang terdedah kepada penyakit cacar monyet di luar negara, kini mengalami simptom tidak ketara dan telah dikuarantin di hospital bagi menjalani pemeriksaan lanjut.
Menurut kementerian, pihaknya telah menjalankan siasatan epidemiologi dan sedang menyelaras dengan pihak hospital bagi memindahkan sampel klinikal untuk diagnosis di Institut Penyelidikan Biologi Israel.
Mereka yang pulang dari luar negara serta mengalami demam dan ruam diminta berjumpa doktor.
Setakat ini, kes cacar monyet telah dilaporkan di Britain, Itali, Portugal, Sepanyol, Sweden, Perancis, Amerika Syarikat dan Kanada.
Cacar monyet, jangkitan yang jarang berlaku pada manusia, boleh merebak melalui kontak rapat manusia dan haiwan, dan juga boleh merebak antara manusia dengan manusia.
Gejala termasuk demam, sakit otot, sakit kepala, bengkak nodus limfa, keletihan dan ruam kulit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cacar monyet
#monkeypox
#jangkitan
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan