BAITULMAQDIS: Israel meluluskan dos vaksin COVID-19 keempat untuk penduduk yang berumur lebih 60 tahun dan petugas perubatan, kata Perdana Menteri Israel Naftali Bennett pada Ahad.
Dalam sidang media maya, Bennett berkata dos keempat vaksin yang dibangunkan oleh Pfizer itu, diluluskan oleh Kementerian Kesihatan negara berkenaan untuk mereka yang berumur 60 tahun ke atas dan kakitangan perubatan yang menerima dos ketiga sekurang-kurangnya empat bulan lalu, lapor Xinhua.
Beliau berkata suntikan penggalak tambahan itu akan memberikan Israel "lapisan pertahanan baharu".
Bennett menggesa warga emas untuk mendapatkan suntikan penggalak, sambil mengingatkan mereka bahawa Israel berada di ambang satu lagi lonjakan morbiditi akibat penyebaran varian Omicron.
Negara mungkin "menyaksikan sebanyak 50,000 kes coronavirus baharu," kata Bennett.
Israel pada Khamis meluluskan suntikan vaksin keempat untuk penduduk yang mempunyai masalah imun dan warga tua yang tinggal di rumah jagaan, menjadi antara negara terawal yang menawarkan dos penggalak itu.
Kira-kira 70 peratus daripada 9.45 juta penduduk Israel sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, dan kira-kira 45 peratus menerima ketiga-tiga dos itu, menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan pada Ahad .
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 03 2022

Bennett berkata suntikan penggalak tambahan itu akan memberikan Israel "lapisan pertahanan baharu". - Gambar fail/REUTERS

Datakraf Solution lebarkan sayap ke Asia Tenggara, jalin kerjasama dengan AT&T Cybersecurity
Kerjasama itu melibatkan sistem keselamatan siber bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh rantau Asia Tenggara.

Mansuh AP bahan makanan satu solusi cetek - Berjasa
Lukman Al Hakim berkata keputusan itu hanya mampu menyelesaikan salah satu faktor kenaikan harga bahan makanan di Malaysia kerana dimonopoli kartel tertentu yang dilindungi kepentingannya.

AWANI Ringkas: SRIKANDI Bersatu sudah siap-sedia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Haji: TH keluarkan tawaran panggilan kedua
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

COVID-19 | Tiga kematian baharu, 2,124 kes baharu
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan tiga kematian baharu setakat tengah malam tadi. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik berkenaan sebanyak 35,633 kes, daripada 4.48 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.

Harga tiket muzium di Melaka naik tak jejas usaha tarik pengunjung
Kenaikan sebanyak 60 hingga 100 peratus itu telah dikaji dan ia bertepatan dengan penambahbaikan yang akan dilaksanakan.

Pemansuhan AP bukan langkah tergesa-gesa - Shahril Sufian Hamdan
Ia membolehkan sesiapa sahaja dalam pasaran tempatan untuk mengakses sumber pasaran luar alternatif.

Produktiviti buruh meningkat 2.7 peratus pada suku pertama 2022 - Perangkaan
Mohd Uzir berkata dengan indikator penunjuk ekonomi yang lebih memberangsangkan, ekonomi serta pasaran buruh akan terus berkembang pada bulan-bulan ke hadapan.

Tiga warga Indonesia ditahan jaja jeruk di lampu isyarat
Mereka yang berusia 26 hingga 40 tahun ditahan menerusi Op Bersepadu Khas Penjaja Jalanan pada 12.15 tengah hari.

KKM dirayu iktiraf penemuan baharu didakwa vaksin COVID-19
Permohonan telah dihantar kepada KKM sejak 15 Mac lalu disusuli kepada NPRA pada 15 Mei sebagai proses mendapatkan kelulusan untuk digunakan secara lebih meluas.

Tindakan Israel guna kekerasan ketika pengebumian wartawan Shireen Abu Akleh 'mengejutkan' - Ketua Hak Asasi Manusia PBB
"Rakaman memaparkan polis Israel menyerang orang yang berkabung ketika pengebumian wartawan Shireen Abu Akleh sangat mengejutkan."

Amerika Syarikat perlu bersikap jujur selesai isu Palestin - PM
Malaysia mahu AS bertindak cepat seperti yang berlaku dalam krisis pencerobohan Rusia ke atas Ukraine sejak Februari lalu.

Serangan peluru berpandu Israel di Syria, 5 terbunuh
Lima maut dan tujuh lagi cedera selepas Israel menyerang kem tentera di tengah Syria pada Jumaat.

Polis Israel serang orang ramai pada pengebumian wartawan Al Jazeera
Tindakan keras pasukan keselamatan itu menyebabkan keranda yang diusung orang ramai hampir terjatuh dalam suasana kelam kabut, lapor The New York Times.

Malaysia kutuk sekeras-kerasnya pembunuhan wartawan Shireen Abu Akleh
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan wartawan Shireen Abu Akleh, di Jenin di wilayah diduduki di Tebing Barat.

Al Jazeera kutuk tentera Israel bunuh wartawan
Rangkaian media Al Jazeera mengutuk pembunuhan pewartanya Shireen Abu Akleh, apabila tentera penceroboh Israel melepaskan tembakan ke arahnya pada pagi Rabu.

Qatar kecam tentera Israel bunuh wartawan Al Jazeera
Kementerian Luar Qatar pada Rabu mengecam pembunuhan seorang wartawan veteran Al Jazeera oleh tentera Israel di Tebing Barat yang dicerobohi, lapor Agensi Anadolu.

Konflik Tebing Barat: Dua rakyat Palestin terbunuh, ketegangan meningkat
Konflik tebing barat : dua rakyat palestin terbunuh, ketegangan meningkat

Puluhan pendatang Israel serbu kompleks Al-Aqsa
Berpuluh-puluh pendatang Israel sambil dikawal pasukan polis menyerbu kompleks Masjid Al-Aqsa pada pagi Khamis.

Arab Saudi gesa masyarakat antarabangsa kecam serangan Israel ke atas Al-Aqsa
Tindakan provokasi itu satu ancaman yang boleh mencetuskan konflik di rantau itu.