awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Solusi Dua Negara: Palestin tidak akan serahkan hak, Israel tidak mahu lepaskan tanah dijajah - Penganalisis
SUKAN
Isu penagihan dadah jenis ATS dalam perhatian Kabinet - Hannah Yeoh
MALAYSIA
JKR Kelantan laksana kajian pembaikan cerun runtuh LRA Bukit Merah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GADGETS

Pekerja Foxconn di India dipanggil pulang semula ke China

Amanz
Amanz
03/07/2025
05:30 MYT
Pekerja Foxconn di India dipanggil pulang semula ke China
Apple dan syarikat teknologi lain mula memindahkan pengilangan ke India untuk memintas tarif tinggi AS terhadap China. -Amanz
UNTUK memintas tarif tinggi yang dikenakan Presiden Trump ke atas China, Apple dan beberapa syarikat teknologi utama dunia mula memindahkan pengilangan produk ke India yang dikenakan tarif lebih rendah.

Ringkasan AI
  • Apple dan syarikat teknologi lain mula memindahkan pengilangan ke India untuk memintas tarif tinggi AS terhadap China.
  • Pemindahan ini terjejas apabila pekerja Foxconn di India dipanggil pulang ke China, dipercayai usaha Beijing menyekat operasi luar negara.
  • Walaupun kualiti produk tidak terjejas, kecekapan pengilangan berkurang menjelang pelancaran iPhone 17.

Apple mungkin paling terkesan kerana majoriti produk masih dikilangkan di China dan oleh itu mereka melaburkan beberapa bilion di India tahun ini.
Tetapi usaha Tim Cook mungkin akan menjadi mencabar kerana pekerja Foxconn di India telah dipanggil pulang semula ke China.
Apple tidak memiliki kilang sendiri dan bergantung kepada Foxconn dan Luxshare untuk menghasilkan produk mereka.
Dengan pekerja penting dipanggil pula ke China, proses pemindahan pengilangan ke India kini sedikit terjejas.
Dalam laporan Bloomberg, sehingga 300 kakitangan telah diminta pulang semula ke China tanpa sebarang alasan diberikan.
Langkah tersebut dipercayai berkemungkinan usaha Beijing untuk menyekat pemindahan operasi pengilangan ke luar negara.
Kakitangan yang dipanggil pulang tidak akan menyebabkan isu kualiti produk Apple yang dihasilkan di India.
Sebaliknya ia akan mengurangkan kecekapan proses pengilangan ketika Apple sedang meningkat pengeluaran sebelum siri iPhone 17 dilancarkan September depan. -Amanz
Topic Berkaitan
#Apple
#iPhone
#India
#China
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami