awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Roket Starship 36 meletup semasa ujian
DUNIA
Australia gantung operasi Kedutaan di Tehran susulan krisis keselamatan
SUKAN
Skuad wanita negara dominasi separuh akhir Kejohanan Skuasy Individu Asia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

INTERNATIONAL

Israel serang hospital terbesar di selatan Gaza

Astro Awani
Astro Awani
23/03/2025
23:45 MYT
Israel serang hospital terbesar di selatan Gaza
Tentera Israel melancarkan serangan ke atas hospital Nasser, hospital terbesar di selatan Gaza, pada Ahad malam yang mengorbankan lima individu, mencederakan beberapa yang lain serta mencetuskan kebakaran besar. - Foto REUTERS
GAZA: Tentera Israel melancarkan serangan ke atas Hospital Nasser, hospital terbesar di selatan Gaza, pada Ahad malam yang mengorbankan lima individu, mencederakan beberapa yang lain serta mencetuskan kebakaran besar.
Serangan tersebut menyasarkan bangunan pembedahan di hospital yang terletak di bandar Khan Younis.
Serangan tersebut berlaku hanya beberapa hari selepas kemudahan itu dipenuhi mangsa terkorban dan cedera akibat gelombang serangan udara israel yang menyambung semula kempen ketenteraan minggu lalu.
Dalam pada itu, Israel mengesahkan serangan itu dan memaklumkan sasarannya ialah seorang pejuang hamas yang dipercayai beroperasi di kawasan hospital, sambil menuduh kumpulan tersebut menyembunyikan operasi di kawasan padat penduduk.
Dalam masa sama, Israel turut menyalahkan hamas atas kematian orang awam, dengan mendakwa bahawa kehadiran mereka di kawasan awam menjadikan penduduk sebagai perisai manusia, sekali gus menyukarkan operasi ketenteraan tanpa risiko korban awam.
Sepanjang konflik, hospital nasser telah beberapa kali mengalami kerosakan akibat serangan dan serbuan tentera Israel, menjadikannya antara kemudahan kesihatan paling terjejas di Gaza.
Sementara itu, Kementerian kesihatan Gaza melaporkan bahawa lebih 50,000 rakyat palestin telah terbunuh sejak konflik bermula, menjadikan perang ini antara yang paling meragut nyawa dalam sejarah moden wilayah tersebut.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Israel
#Kementerian Kesihatan
#Hamas
#Gaza
#Hospital Nasser
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami