Skip to main content

Dunia

Bekas komander IRGC tuduh Trump ‘khianati diplomasi’

https://www.ncr-iran.org/en/news/iran-election/irans-elections-2021-who-is-mohsen-rezaee/
Rezaei (foto) yang kini anggota Majlis Penentuan Dasar Rejim Iran berkata tindakan itu menunjukkan AS tidak mempunyai komitmen untuk mencapai penyelesaian diplomatik. -Gambar fail

TEHRAN: Bekas Komander Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC), Mohsen Rezaei, menuduh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump “mengkhianati diplomasi” susulan tindakan Washington yang meneruskan sekatan maritim dan mengemukakan tuntutan dalam rundingan.

Rezaei yang kini anggota Majlis Penentuan Dasar Rejim Iran berkata tindakan itu menunjukkan AS tidak mempunyai komitmen untuk mencapai penyelesaian diplomatik.

“Seperti yang telah diramal, Presiden AS sekali lagi mengkhianati saluran diplomasi buat kali ketiga.

"Dengan meneruskan sekatan maritim dan membuat tuntutan yang melampau dalam rundingan, beliau sekali lagi membuktikan bahawa beliau tidak cenderung ke arah rundingan, sebaliknya sedang mengejar objektif-objektif yang lain," katanya menerusi satu hantaran di platform X hari ini.

 

 

Menurut beliau, kenyataan itu merujuk kepada ketegangan berterusan antara kedua-dua negara, termasuk keputusan Trump sebelum ini menarik diri daripada perjanjian nuklear Iran 2015, atau Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA).

Dalam perkembangan berkaitan, Tehran menyifatkan sekatan maritim AS di laluan perkapalan strategik sebagai satu tindakan yang boleh menjejaskan kestabilan serantau.

Setakat ini, pihak White House belum mengeluarkan sebarang maklum balas rasmi terhadap kenyataan tersebut.

Must Watch Video

Advertisement