awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Korea Selatan lapor kes kelapan Demam Babi Afrika
Pendingin hawa kereta tiba-tiba meletup, mekanik putus kaki
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Israel tiada hak tentukan masa depan Gaza - Pelapor Khas PBB

Astro Awani
Astro Awani
17/05/2025
06:10 MYT
Israel tiada hak tentukan masa depan Gaza - Pelapor Khas PBB
Albanese mengkritik tindakan Israel yang didakwa sedang merancang pentadbiran Gaza selepas konflik, menyifatkannya sebagai pascagenosid dan mengecam sikap dunia yang berdiam diri terhadap situasi tersebut. -Gambar fail/Reuters
PELAPOR Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Wilayah Palestin yang Diduduki, Francesca Albanese, sekali lagi mengkritik keras tindakan Israel dalam konflik Gaza, dengan menyatakan bahawa rejim itu tidak berhak menentukan masa depan wilayah tersebut.

Ringkasan AI
  • Pelapor Khas PBB, Francesca Albanese, menegaskan bahawa Israel tidak berhak merancang masa depan Gaza kerana pendudukannya adalah haram menurut undang-undang antarabangsa dan telah diperintahkan oleh ICJ untuk ditamatkan serta membayar pampasan.
  • Beliau mengkritik tindakan Israel yang didakwa sedang merancang pentadbiran Gaza selepas konflik, menyifatkannya sebagai -pasca-genosid- dan mengecam sikap dunia yang berdiam diri terhadap situasi tersebut.
  • Kenyataan tegas Albanese ini meningkatkan tekanan antarabangsa terhadap Israel, dengan semakin banyak pihak menyeru tindakan lebih tegas terhadap operasi ketenteraan rejim itu di Gaza.

Dalam satu hantaran di X hari ini, Albanese menegaskan bahawa Israel tidak mempunyai hak untuk merancang masa depan Gaza.
Israel has NO RIGHT to plan Gazas future. The occupation is ILLEGAL. The ICJ ordered Israel to end it, pay reparations. Instead Israel plans the post-genocide. Unbothered. Unchecked. The world? Silent. Diplomacy has never felt so insignificant and cruel. https://t.co/L2tOqY4W7C
— Francesca Albanese, UN Special Rapporteur oPt (@FranceskAlbs) May 16, 2025
“Israel tiada hak rancang masa depan Gaza,” kata Albanese yang turut menekankan bahawa pendudukan Israel adalah haram di sisi undang-undang antarabangsa.
Albanese turut merujuk kepada keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang telah mengarahkan Israel untuk menamatkan pendudukan dan membayar pampasan kepada rakyat Palestin.
Namun, beliau menyatakan bahawa Israel sebaliknya merancang pentadbiran Gaza selepas konflik.
“Sebaliknya — Israel rancang pasca-genosid,” katanya dalam hantaran tersebut.
Beliau turut meluahkan kekecewaan terhadap sikap dunia yang seolah-olah membiarkan keadaan ini berterusan tanpa tindakan tegas.
“Tidak peduli. Tidak dipantau. Dunia? Senyap.
"Diplomasi tidak pernah sebegini rapuh dan kejam,” tulisnya, menggambarkan ketidakpedulian masyarakat antarabangsa terhadap krisis yang berlaku.
Kenyataan Albanese ini menambah tekanan terhadap Israel di peringkat antarabangsa, dengan semakin banyak pihak menyeru tindakan lebih tegas terhadap negara itu berhubung operasi ketenteraannya di Gaza.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Gaza
#Israel
#Francesca Albanese
#ICJ
#Pelapor Khas PBB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan