awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Belum ada garis masa bawa penambahan kerusi DUN Sarawak ke Parlimen - Alexander
Roy Azman masih dirawat di hospital, pembedahan ditangguh
Salah guna PLS warga asing sedikit meningkat - Saifuddin Nasution
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendingin hawa kereta tiba-tiba meletup, mekanik putus kaki

Sinar Harian
Sinar Harian
07/02/2026
07:45 MYT
Pendingin hawa kereta tiba-tiba meletup, mekanik putus kaki
Mangsa berusia 31 tahun itu sedang membaiki kereta tersebut ketika kejadian berlaku. - Gambar/ JBPM
TANAH MERAH: Seorang mekanik putus kaki kanan selepas pendingin hawa sebuah kereta jenis Perodua Kancil tiba-tiba meletup di sebuah bengkel di Kampung Air Merbo Dalam di sini pada Jumaat.

Ringkasan AI
  • Seorang mekanik putus kaki kanan selepas pendingin hawa Perodua Kancil meletup di sebuah bengkel di Kampung Air Merbo Dalam.
  • Mangsa berusia 31 tahun itu sedang membaiki kereta tersebut ketika kejadian berlaku.
  • Pihak Bomba menerima panggilan kecemasan, dan mangsa telah dibawa ke Hospital Tanah Merah dengan keadaan selamat.

Mangsa yang berusia 31 tahun itu dipercayai sedang membaiki pendingin hawa kereta tersebut.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kemahang, Pegawai Bomba Kanan I, Mat Nuri Muhamad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 11.03 pagi dan tiba di lokasi 11.10 pagi.
"Seramai tujuh pegawai termasuk anggota telah dikerahkan ke lokasi dan mendapati terdapat kejadian letupan pada sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang berada di dalam bengkel terbabit.
"Mangsa telah dibawa oleh orang awam ke Hospital Tanah Merah selepas solat Jumaat.
"Pemantauan telah dibuat dan keadaan terkawal serta selamat. Operasi tamat jam 11.40 pagi dan kes diserahkan semula kepada pihak polis," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Asisten Komisioner Mohd Haki Hasbullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian terbabit. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pendingin hawa meletup
#aircond kereta meletup
#mekanik cedera
#Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan