WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden berkata pada Selasa bahawa beliau "marah" dan "kecewa" berhubung serangan udara Israel di Gaza yang mengorbankan tujuh pekerja bantuan World Central Kitchen (WCK), menekankan bahawa Israel "tidak melakukan secukupnya untuk melindungi pekerja bantuan."
"Mereka menyediakan makanan kepada orang awam yang kelaparan di tengah-tengah peperangan. Mereka berani dan tidak mementingkan diri sendiri. Kematian mereka adalah tragedi," kata Biden dalam satu kenyataan, lapor Agensi Anadolu.
Menyedari bahawa Israel telah berjanji untuk menjalankan siasatan menyeluruh ke atas pembunuhan itu, beliau berkata "siasatan itu mesti pantas, ia mesti membawa akauntabiliti dan penemuannya mesti didedahkan kepada umum."
Biden berkata perang di Gaza merupakan "terburuk dalam ingatan baru-baru ini dari segi jumlah pekerja bantuan yang telah terbunuh."
"Ini adalah sebab utama mengapa pengagihan bantuan kemanusiaan di Gaza begitu sukar - kerana Israel tidak melakukan secukupnya untuk melindungi pekerja bantuan yang cuba menyampaikan bantuan yang sangat diperlukan oleh orang awam," katanya sambil menambah bahawa kejadian seperti ini tidak sepatutnya berlaku.
"Israel juga tidak melakukan secukupnya untuk melindungi orang awam. Amerika Syarikat telah berulang kali menggesa Israel untuk menghentikan operasi ketenteraan mereka terhadap Hamas dengan operasi kemanusiaan untuk mengelakkan korban awam," katanya.
Biden berkata AS akan terus melakukan segala yang termampu untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada orang awam Palestin di Gaza dan akan terus menekan Israel untuk melakukan lebih banyak lagi bagi memudahkan bantuan itu.
"Dan kami berusaha keras untuk gencatan senjata segera sebagai sebahagian daripada perjanjian tebusan," katanya.
Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), seramai 196 pekerja bantuan termasuk lebih 175 kakitangan PBB terbunuh sejak bermulanya perang di Gaza pada 7 Okt tahun lepas.
WCK sebelum ini mengesahkan bahawa tujuh pekerja bantuan kemanusiaannya terbunuh dalam serangan Israel yang "tidak boleh dimaafkan" pada Isnin.
Walaupun menyelaraskan pergerakannya dengan tentera Israel, badan amal itu berkata konvoi itu telah diserang ketika ia meninggalkan sebuah gudang di selatan bandar Deir al-Balah selepas pasukan itu memunggah lebih 100 tan bantuan makanan kemanusiaan yang dibawa ke Gaza melalui laluan maritim.
Gambar dari tempat kejadian menunjukkan sekurang-kurangnya sebuah kenderaan dengan tanda jelas melabelkannya sebagai sebahagian daripada WCK.
Sekurang-kurangnya 32,916 rakyat Palestin terbunuh di Gaza dan lebih 75,000 cedera di tengah-tengah kemusnahan besar-besaran dan kekurangan barang keperluan.
Israel juga telah mengenakan sekatan yang melumpuhkan Semenanjung Gaza, menyebabkan penduduk, terutamanya penduduk utara Gaza, berada di ambang kebuluran. Ini telah meningkatkan keperluan untuk bantuan antarabangsa di kawasan pantai di tengah-tengah sekatan ketat Israel ke atas kemasukannya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 03 2024

Biden berkata perang di Gaza merupakan "terburuk dalam ingatan baru-baru ini dari segi jumlah pekerja bantuan yang telah terbunuh." - Gambar fail/Reuters

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.
Astro semarakkan Syawal dengan hiburan ‘Meriah Lain Macam’
Menyambut keistimewaan Syawal dengan caranya tersendiri, peneraju industri hiburan di Malaysia, Astro membawa kemeriahan tahun ini dengan sajian istimewa, menawarkan lebih daripada 160 kandungan Raya yang telah dirancang khas untuk seisi keluarga. Dari kandungan televisyen, sehingga ke platform digital dan radio, setiap satu dicipta dengan teliti untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri dengan pelbagai warna. Semua kandungan istimewa ini boleh dinikmati tanpa henti secara on-the-go, bermula malam raya di Astro.

Trump janji sokongan dasar untuk industri kripto
Presiden Amerika Syarikat berjanji untuk memberikan sokongan dasar kepada industri kripto dan aset digital lain.

Tiada tarif bagi syarikat asing jika pindah ke AS - Trump
Presiden Trump berkata, syarikat asing yang memindahkan operasi pengeluaran mereka ke AS akan dikecualikan daripada tarif.

Gelar Presiden Ukraine, Zelenskyy ‘diktator’, Trump elak jawab soalan wartawan…
Presiden AS menyoal wartawan apakah benar beliau menggelar Zelenskyy sebagai 'diktator' dan tidak mempercayai kata-kata itu keluar dari mulutnya.

Elon Musk orang pertama diminta Trump berucap di mesyuarat Kabinet
Presiden Trump menyedari ada anggota Kabinet beliau tidak sependapat dengan Elon Musk.

Trump rancang umum tarif ke atas kereta import pada 2 April
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump akan mengumumkan tarif ke atas kereta import pada awal April.

Lebih 50 peratus rakyat Amerika setuju dengan prestasi kerja Trump - Tinjauan
Pada masa sama, 47 peratus responden tidak bersetuju dengan prestasi Trump di Rumah Putih.

Musk akan diarahkan cari "penipuan dan salah guna" berbilion dolar di Washington - Trump
Trump akan mengarahkan Elon Musk, Ketua Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE), untuk mengenal pasti "ratusan bilion dolar penipuan dan salah guna" di Washington.

Trump sedia buat perjanjian dengan Iran, daripada ambil tindakan ketenteraan
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menyatakan kesediaan beliau untuk membuat satu perjanjian dengan dengan Iran sebagai alternatif kepada tindakan ketenteraan.

Netanyahu bertemu Trump di Washington pada Selasa - Pejabat PM Israel
Ini menjadikan Netanyahu sebagai pemimpin dunia pertama yang mengadakan pertemuan rasmi dengan Trump sejak pelantikannya sebagai Presiden AS.

Trump kenakan tarif baharu ke atas Mexico, Kanada dan China mulai hari ini - White House
Tarif baharu itu akan melibatkan duti sebanyak 25 peratus ke atas Mexico dan Kanada serta tarif 10 peratus ke atas China.