awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isteri bekas PM Pakistan bebas, dibawa ke kawasan mewah di Islamabad

Agensi
Agensi
25/10/2024
01:50 MYT
Isteri bekas PM Pakistan bebas, dibawa ke kawasan mewah di Islamabad
Isteri bekas Perdana Menteri Pakistan Imran Khan, Bushra Bibi, dibebaskan dari penjara pada Khamis, sehari selepas beliau dikat jamin dalam kes berkaitan penjualan haram hadiah milik negara.- Gambar Reuters
RAWALPINDI: Isteri bekas Perdana Menteri Pakistan Imran Khan, Bushra Bibi, dibebaskan dari penjara pada Khamis, sehari selepas beliau dikat jamin dalam kes berkaitan penjualan haram hadiah milik negara.
Beliau dibebaskan selepas dipenjarakan bersama suaminya sejak sembilan bulan lalu dan sebaik dibebaskan, Bibi menuju ke kawasan kejiranan Bani Gala yang mewah di pinggir ibu kota Islamabad.
Dalam pada itu, pembebasan beliau disifatkan kelegaan undang-undang terbesar bagi Khan dan keluarganya sejak beliau dipenjara pada Ogos tahun lalu.
Bibi, yang ditangkap pada bulan Januari, dibebaskan dari Penjara Adiala di bandar Garnison Rawalpindi, tempat Khan masih ditahan.
Bibi menghadapi sekurang-kurangnya satu kes rasuah lain yang berkaitan dengan penerimaan tanah daripada seorang pemaju hartanah.
Untuk rekod, Khan berdepan puluhan kes lain, termasuk tuduhan melanggar undang-undang anti-keganasan, sejak beliau dipecat sebagai perdana menteri pada tahun 2022.
Kerajaan pimpinan Khan hanya bertahan selama 18 bulan sebelum digulingkan oleh gabungan parti diketuai Perdana Menteri Pakistan sekarang, Shehbaz Sharif.
Topic Berkaitan
#Imran Khan
#Pakistan
#Rasuah
#Bushra Bibi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan