awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pantau tingkah laku anak, elak jadi mangsa jenayah siber
Elak jadi mangsa penipuan rumah kebajikan palsu - Nancy
Empat lelaki ditahan cuba seludup haiwan ternakan guna jalan tikus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isteri naib presiden Zimbabwe didakwa cubaan membunuh, pengubahan wang haram

Agensi
Agensi
16/12/2019
23:14 MYT
Isteri naib presiden Zimbabwe didakwa cubaan membunuh, pengubahan wang haram
Constantino Chiwenga bersama isteri, Marry (kanan) ketika hadir di Stadium Sukan Negara di Harare, 26 Ogos, 2018. (Foto AP/Fail)
Isteri Naib Presiden Zimbabwe, Marry Chiwenga, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Harare pada Isnin atas tuduhan cuba membunuh suaminya, Constantino Chiwenga dan melakukan pengubahan wang haram.
Mengikut pertuduhan pertama, bekas model itu didakwa cuba membunuh suaminya di Afrika Selatan dengan tidak memberikan rawatan perubatan dalam kejadian pada Julai lalu.
Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah dan menegaskan ketika kejadian, suaminya berada di sebuah hotel dan bukannya di hospital, ketika diterbangkan ke Afrika Selatan untuk menerima rawatan kecemasan.
Mahkamah turut diberitahu, ketika Constantino dalam kejadian pada 8 Julai lalu, tertuduh menyelinap masuk ke bilik suaminya sebelum mengarahkan pengawal keselamatan meninggalkan bilik tersebut.
Dia kemudian didakwa menanggalkan intravena dan kateter sehingga mengakibatkan Constantino mengalami pendarahan yang banyak.
Mahkamah turut dimaklumkan, tertuduh cuba membawa keluar suaminya daripada wad tersebut sebelum berjaya dihalang anggota keselamatan.
Sementara untuk pertuduhan kedua, Marry didakwa melakukan pengubahan wang haram berjumlah kira-kira ASD1 juta kepada negara jiran Afrika Selatan dengan berpura-pura membayar barangan yang tidak pernah dibawa ke Zimbabwe
Mahkamah memerintah tertuduh ditahan reman sementara menunggu keputusan sama dia boleh diikat jamin atau sebaliknya.
Topic Berkaitan
#Afrika Selatan
#Constantino Chiwenga
#cubaan membunuh
#Hospital
#hotel
#keselamatan
#mahkamah
#Mahkamah Majistret
#Marry Chiwenga
#model
#Naib Presiden
#presiden
#rawatan kecemasan
#reman
#Zimbabwe
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan