Skip to main content

Politik

PRN Melaka: Ahmad Zahid ucap selamat mengundi kepada anggota keselamatan

Ahmad Zahid turut merakamkan ucapan terima kasih kepada anggota keselamatan atas segala jasa dan pengorbanan mereka yang terus berbakti demi keamanan serta kesejahteraan negara. - Gambar Facebook Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Ahmad Zahid turut merakamkan ucapan terima kasih kepada anggota keselamatan atas segala jasa dan pengorbanan mereka yang terus berbakti demi keamanan serta kesejahteraan negara. - Gambar Facebook Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Advertisement

MELAKA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan selamat mengundi kepada seluruh anggota keselamatan dan semua yang layak mengundi awal pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 hari ini.

Beliau berkata, mereka akan menunaikan tanggungjawab dalam menentukan hala tuju Melaka bagi tempoh lima tahun mendatang.

“Buatlah pilihan dengan penuh pertimbangan demi masa depan Melaka dan generasi yang akan mewarisinya… saya mendoakan agar Allah SWT mempermudah segala urusan dan semoga proses pengundian esok berjalan dengan lancar serta tertib,” katanya menerusi hantaran di Facebook malam tadi.

Advertisement

Ahmad Zahid turut merakamkan ucapan terima kasih kepada anggota keselamatan atas segala jasa dan pengorbanan mereka yang terus berbakti demi keamanan serta kesejahteraan negara.

Sebanyak 12,531 pengundi awal terdiri daripada 9,769 anggota tentera dan pasangan serta 2,762 anggota polis yang layak mengundi pada PRN Melaka kali ini akan melaksanakan tanggungjawab mereka di 31 pusat yang diwartakan di seluruh negeri esok.

Advertisement

Secara keseluruhan, sebanyak 687,697 pengundi layak menjalankan tanggungjawab pada PRN Melaka kali ini, dengan Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian pada 14 Nov ini.

Bagi mendapatkan berita terkini PRN Melaka ke-16, layari https://election.bernama.com/pm/melaka/2026/.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement