Isteri PM Thailand mohon maaf atas kenyataan ‘kejam’ terhadap wartawan

Thananon Niramit (foto) memohon maaf selepas kenyataannya menyifatkan wartawan sebagai kejam mencetuskan kritikan meluas. -Gambar fail/Facebook
BANGKOK: Thananon Niramit, isteri kepada Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul, memohon maaf secara terbuka selepas kenyataannya yang menyifatkan wartawan sebagai “kejam” mencetuskan kritikan meluas dalam kalangan pengamal media dan ahli politik pembangkang.
Ringkasan AI
- Thananon Niramit, isteri Perdana Menteri Thailand, memohon maaf selepas kenyataannya menyifatkan wartawan sebagai kejam mencetuskan kritikan meluas.
- Beliau menjelaskan kenyataan itu hanyalah gurauan dan menegaskan penghormatan terhadap peranan media.
- Insiden berlaku ketika Anutin Charnvirakul berdepan tekanan isu sempadan ThaiKemboja dan dakwaan salah laku ahli gabungan, mencetuskan sensitiviti politik.
Kenyataan itu dirakam dan tular di media sosial, mencetuskan reaksi pelbagai pihak.
Ahli Parlimen Parti Rakyat, Pukkamon Nunarnan, menyifatkan kenyataan tersebut sebagai cubaan menakut-nakutkan wartawan yang sedang menjalankan tugas mereka.
Dalam kenyataan di Instagram, Thananon, 32, menjelaskan bahawa kata-katanya itu hanyalah gurauan dan tidak bermaksud mengancam atau merendahkan profesion media.
“Saya benar-benar menerima segala maklum balas dan teguran daripada semua pihak, dan ingin menegaskan bahawa saya sentiasa menghormati peranan media,” tulisnya.
Insiden itu berlaku ketika Anutin berdepan tekanan berhubung kenyataannya mengenai pencerobohan warga Thai ke kawasan sempadan yang masih dipertikaikan dengan Kemboja.
Beliau kemudian menjelaskan bahawa kenyataannya merujuk kepada zon yang belum dimuktamadkan dan menegaskan komitmen Thailand untuk mematuhi perjanjian sedia ada dengan Kemboja.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


