awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyertaan pasaran meningkat dijangka pacu kenaikan Bursa Malaysia minggu depan
Ketua PBB amat khuatir tindakan Israel sasar NGO
Banjir: Mangsa di Pahang dan Sarawak meningkat, Johor menurun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Istimewanya Naja, lumpuh otak namun hafal 30 juzuk al-Quran ...

Agensi
Agensi
11/05/2019
04:05 MYT
Istimewanya Naja, lumpuh otak namun hafal 30 juzuk al-Quran ...
Naja berjaya meneka surah dan membaca potongan ayat hanya berdasarkan muka surat yang diberikan salah seorang juri. - Foto Sinar Harian
ALLAHUAKBAR. ALLAH maha besar.
Meskipun menghidap Cerebral Palsy atau lumpuh otak, namun seorang kanak-kanak dari Mataram, Indonesia dikurniakan kelebihan luar biasa di mana dia mampu menghafal 30 juzuk al-Quran.
Bukan itu sahaja, Hafiz cilik dikenali sebagai Naja, 9 tahun, juga boleh meneka dan menyambung dengan tepat surah dari mana-mana ayat sehingga ke halaman berapa.
Di dalam fikiran peserta Hafidz Indonesia 2019 ini bagaikan terhampar setiap lembaran kalam ALLAH itu, lapor agensi berita Tribun News.
Menurut ibu Naja, Dahlia Andayani, anaknya itu dilahirkan seperti kanak-kanak normal lain dan pada awalnya dia dan suami tidak menyedari keadaan sebenar Naja.
Bagaimanapun doktor mengesahkan Naja menghidap kelumpuhan otak apabila perkembangannya tidak seperti bayi lain.
“Saya juga kagum dengan kemampuan Naja yang mampu menghafal kitab suci al-Quran dengan cepat. Malah, saya juga belum pernah mengajarnya mengaji,” katanya.
Menerusi video dimuat naik di YouTube dan dan media sosial, Naja berjaya meneka surah dan membaca potongan ayat hanya berdasarkan muka surat yang diberikan salah seorang juri.
Kehebatan Naja membuatkan hakim dan semua orang yang berada di studio kagum hingga menitiskan air mata.
Topic Berkaitan
#Al-Quran
#Dahlia Andayani
#Hafidz Indonesia 2019
#hafiz
#Indonesia
#Kanak-kanak
#kebesaran Allah
#media sosial
#Naja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan