awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Itali siap sedia hadapi gelombang haba ekstrem

Bernama
Bernama
11/07/2023
03:40 MYT
Itali siap sedia hadapi gelombang haba ekstrem
Di beberapa bandar, pihak berkuasa mungkin menyediakan akses kepada minuman percuma di tempat awam. - Foto REUTERS
ROM: Rom dan bandar-bandar lain di seluruh Itali diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga pada Isnin ketika negara itu sedang bersiap sedia menghadapi gelombang haba ekstrem yang menurut pakar kaji cuaca mungkin mencatatkan rekod baharu.
Peramal kaji cuaca menjangkakan suhu sekitar 40 darjah Celsius untuk baki minggu ini di bandar-bandar di seluruh negara ketika Eropah dilanda gelombang haba sejak beberapa minggu ini.
Kementerian Kesihatan Itali pada Isnin mengeluarkan amaran merah di sembilan daripada 27 bandar utama negara itu untuk sekurang-kurangnya satu daripada tiga hari akan datang.
Bandar-bandar itu termasuk Rom, Florence di tengah Itali dan Bologna di utara. Malah Bolzano, jauh ke utara Itali diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga pada Selasa.
Lapan lagi daripada 27 bandar akan diletakkan pada tahap amaran jingga menjelang Rabu dan hanya empat bandar akan berada dalam status hijau, yang merujuk kepada suhu biasa.
Amaran merah turut menetapkan penduduk yang muda dan sihat untuk tinggal di dalam rumah selain perlu mengambil langkah berjaga-jaga ketika cuaca panas manakala amaran oren menandakan risiko yang sama tetapi hanya untuk golongan muda, warga emas dan mereka yang mempunyai masalah kesihatan.
Sementara itu, terdapat amaran tentang kemungkinan bekalan elektrik terhad dan kemungkinan kerosakan pada infrastruktur.
Di beberapa bandar, pihak berkuasa mungkin menyediakan akses kepada minuman percuma di tempat awam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cuaca panas
#gelombang haba
#amaran merah
#Kementerian Kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan