awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKDW nilai cadangan sokongan bagi usahawan profesional buka klinik fisioterapi luar bandar
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
Penembak bekas PM Jepun Shinzo Abe fail rayuan terhadap hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jabatan Keadilan AS saman Apple kerana monopoli pasaran telefon pintar secara haram

Agensi
Agensi
21/03/2024
22:40 MYT
Jabatan Keadilan AS saman Apple kerana monopoli pasaran telefon pintar secara haram
Jabatan Keadilan dan sejumlah negeri di Amerika Syarikat (AS) menyaman Apple, pada Khamis yang dituduh memonopoli pasaran telefon pintar secara haram.
WASHINGTON: Jabatan Keadilan dan sejumlah negeri di Amerika Syarikat (AS) menyaman Apple, pada Khamis yang dituduh memonopoli pasaran telefon pintar secara haram.
Syarikat gergasi teknologi dunia itu juga dituduh menggunakan permintaan tinggi terhadap iPhone serta produk lain keluarannya untuk menaikkan harga perkhidmatannya, sekali gus menjejaskan syarikat pesaing yang lebih kecil.
Apple menyertai senarai pesaing korporat yang turut disaman pengawal selia AS sebelum ini, termasuk Google, Meta Platforms dan Amazon.com, ketika pentadbiran Presiden Joe Biden serta bekas Presiden, Donald Trump.
"Pengguna tidak sepatutnya terpaksa membayar harga lebih tinggi disebabkan tindakan syarikat-syarikat melanggar undang-undang persaingan.
"Sekiranya tidak dicabar, Apple hanya akan terus memperkukuhkan monopoli telefon pintarnya," kata Peguam Negara, Merrick Garland dalam kenyataan yang dikeluarkan.
Berdasarkan tuntutan saman itu, Apple antara lain dituduh menggunakan kuasa pasarannya untuk mendapatkan lebih banyak wang daripada pengguna, pemaju, pencipta kandungan, artis, penerbit, perniagaan kecil dan pedagang.
Saman setebal 88 muka surat itu difailkan di Mahkamah Persekutuan AS di Newark, New Jersey.
Dalam reaksi segeranya, Apple menolak dakwaan terbabit menerusi kenyataan yang dikeluarkan.
"Saman berkenaan mengancam siapa diri kami dan prinsip yang membezakan produk Apple dalam pasaran sangat kompetitif.
"Sekiranya berjaya, ia akan menghalang keupayaan kami untuk mencipta teknologi yang orang ramai jangkakan daripada Apple - yang mana perkakasan, perisian dan perkhidmatan adalah saling bersilang," kata kenyataan itu lagi. - Agensi
Topic Berkaitan
#Jabatan Keadilan AS
#Apple disaman
#monopoli pasaran telefon pintar
#iPhone
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan