Skip to main content

Malaysia

Banjir di Perak pulih, PPS terakhir ditutup

41734342219_tbPPSBANJIR.jpg
Banjir di Perak pulih sepenuhnya selepas pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Sekolah Kebangsaan Matang Gelugor di daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) ditutup 2 petang tadi. - Gambar fail

IPOH: Banjir di Perak pulih sepenuhnya selepas pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Sekolah Kebangsaan Matang Gelugor di daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) ditutup 2 petang tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah LMS Mohd Nasrul Menhat berkata PPS berkenaan ditutup setelah bencana banjir surut sepenuhnya, selain semua mangsa telah pulang ke kediaman masing-masing.

“Kerjasama semua jabatan dan agensi terlibat dalam pengoperasian PPS ini amatlah dihargai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana dalam kenyataan memaklumkan 43 mangsa banjir daripada 11 keluarga ditempatkan di dua PPS di daerah LMS dan Batang Padang. 

Daripada jumlah berkenaan, 37 individu daripada sembilan keluarga ditempatkan di PPS SK Matang Gelugur, LMS, manakala enam lagi individu daripada dua keluarga dipindahkan ke PPS Dewan Serbaguna Kampung Klah Baru di Batang Padang.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video