awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jabatan Negara AS lulus perjanjian penyenggaraan dan peralatan F-16 untuk Pakistan

Bernama
Bernama
08/09/2022
03:59 MYT
Jabatan Negara AS lulus perjanjian penyenggaraan dan peralatan F-16 untuk Pakistan
Pakistan sebelum ini telah "meminta untuk menggabungkan penyelenggaraan F-16 dan sokongan untuk armada F-16 Tentera Udara Pakistan. - Fail/REUTERS
NEW DELHI: Jabatan Negara Amerika Syarikat telah memberi lampu hijau untuk perjanjian bernilai AS$450 membabitkan penyenggaraan dan peralatan berkaitan F-16 untuk Pakistan.
Agensi Kerjasama Keselamatan Pertahanan (DSCA) Pentagon menyampaikan pensijilan yang diperlukan dan memaklumkan kepada Kongres tentang penjualan kemungkinan dibuat pada Rabu.
Kontraktor utama ialah Lockheed Martin Corp.
Pakistan sebelum ini telah "meminta untuk menggabungkan penyelenggaraan F-16 dan sokongan untuk armada F-16 Tentera Udara Pakistan dengan mengurangkan aktiviti berulang serta menambah elemen sokongan," menurut kenyataan DSCA.
Perjanjian itu tidak termasuk sebarang keupayaan, senjata atau peluru baharu.
"Cadangan perjanjian ini akan menyokong dasar luar dan objektif keselamatan AS dengan membenarkan Pakistan mengekalkan kesalingoperasian dengan AS serta rakan kongsinya dalam usaha memerangi keganasan yang berterusan termasuk sebagai persediaan untuk operasi luar jangka pada masa depan," menurut DSCA.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pesawat F-16
#Jabatan Negara AS
#Pakistan
#Pentagon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan