awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengusaha diberi tempoh hingga Oktober hentikan jualan vape di Perak
Warga emas maut dilanggar pemandu mabuk
[TERKINI] Naik gaji penjawat awam bukan kerana didesak - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jabatan Perikanan sahkan kehadiran ubur-ubur kotak di perairan Langkawi

Bernama
Bernama
19/11/2025
12:46 MYT
Jabatan Perikanan sahkan kehadiran ubur-ubur kotak di perairan Langkawi
Kehadiran hidupan laut itu dikesan pada kadar yang sangat sederhana tahun ini, dan bukan dalam keadaan sangat banyak. - Adobe Stock
ALOR SETAR: Jabatan Perikanan Kedah mengesahkan kehadiran ubur-ubur kotak atau box jellyfish di perairan Langkawi yang dilaporkan sejak beberapa hari lepas.
Pengarah Perikanan Kedah Sukri Deris bagaimanapun berkata kehadiran haiwan laut itu dikesan pada kadar yang sangat sederhana tahun ini, dan bukan dalam keadaan sangat banyak sehingga melumpuhkan aktiviti rekreasi sepenuhnya.
"Walau bagaimanapun, kehadiran itu cukup untuk memberikan ancaman bahaya terhadap aktiviti di perairan sama ada aktiviti rekreasi atau komersial lain seperti perikanan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sukri berkata spesies ubur-ubur itu boleh didapati di sekitar perairan Australia sehingga perairan Asia Tenggara dan faktor peralihan monsun mungkin membawa ia ke perairan Langkawi.
Beliau berkata corak perubahan arus laut juga berkemungkinan menghanyutkan spesies itu mendekati pesisir pantai selain kadar limpahan air dari daratan disebabkan taburan hujan yang tinggi.
"Ia juga mungkin mempengaruhi kehadiran box jellyfish mendekati pesisir pantai, apabila sumber makanan lebih banyak di pesisir kerana terdapat lebih banyak air daratan mengalir ke laut membawa bersama-sama nutrien," katanya.
Sukri berkata Jabatan Perikanan akan terus memantau kehadiran spesies itu dan bekerjasama dengan Jawatankuasa Bencana Daerah untuk sebarang tindakan komprehensif yang diperlukan.
Selain itu, beliau berkata hebahan awam akan terus dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran orang ramai berkaitan bahaya spesies ubur-ubur itu.
Sebelum ini, media melaporkan seorang kanak-kanak warga Rusia berusia dua tahun dimasukkan ke hospital selepas dikatakan disengat ubur-ubur itu di Pantai Chenang, Langkawi pada Sabtu lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ubur-ubur kotak
#jabatan perikanan
#perairan Langkawi
#keselamatan
#ancaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami