awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rakaman tular: PTD seru anggota kekal tenang, sifatkan kejadian terpencil
Polis buru lelaki bertopi keledar lepas tembakan
Bekas ketua balai bomba bebas tuduhan beri kontrak kepada syarikat isteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] Naik gaji penjawat awam bukan kerana didesak - PM Anwar

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
05/01/2026
05:33 MYT
[TERKINI] Naik gaji penjawat awam bukan kerana didesak - PM Anwar
Anwar berucap pada Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri bagi Januari dan Amanat Tahun 2026, di sini, pada Isnin. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
PUTRAJAYA: Perdana Menteri menjelaskan, keputusan kerajaan untuk menaikkan gaji penjawat awam termasuk hakim bukan atas desakan kakitangan awam.
Sebaliknya, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia dilakukan kerana wujud keperluan selepas kali terakhir kenaikan tahunan gaji penjawat awam berlaku sekurang-kurangnya 10 tahun lalu.
Menurutnya, tanggungjawab penjawat awam juga sudah bertambah selain gaji yang diterima hanya sekadar memenuhi keperluan keluarga.
"Penjawat awam bila dah naik gaji, dah fikir kereta baharu, televisyen baharu, isteri baharu… Penambahan itu menyebabkan kos tambahan keseluruhannya RM18 bilion. "Ini bukan kerana tuntutan penjawat awam (sebaliknya) kerana kita lihat tanggungjawab bertambah dan (selama) 12 tahun diakui gaji semua ini hanya memenuhi hak sebagai ketua keluarga… (jadi) saya mulakan dengan memberikan keadilan kepada rakan penjawat awam.
"Ini termasuk gaji hakim. Ada yang bertanya kenapa naik mendadak 30 peratus, kerana 10 tahun sejak 2015 tidak ada kenaikan tahunan, tidak ada kajian semula," katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Perhimpunan Bulanan dan Amanat Tahun 2026 Jabatan Perdana Menteri di sini, pada Isnin.




Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#penjawat awam
#kenaikan gaji
#Perdana Menteri
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan