WELLINGTON: Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern bakal mengakhiri zaman bujangnya dan sudah mula merancang perkahwinan bersama tunangnya, Clarke Gayford.
Bercakap dalam temu bual bersama The AM Show pada Isnin, Ardern berkata ia “sudah sampai masanya” untuk beliau dan Gayford meneruskan perancangan perkahwinan mereka.
“Kami akan teruskan, kami akan teruskan,” katanya.
Bagaimanapun, beliau akui perancangan perkahwinannya tidak begitu lancar disebabkan kesibukan kerja khususnya dalam pengurusan pandemik COVID-19 dan krisis perumahan.
“Saya lebih banyak menghabiskan masa membuat perancangan perumahan daripada perancangan perkahwinan,” jelasnya.
Pasangan itu bertunang pada cuti perayaan Easter pada 2019 di Mahia, Gisbourne apabila Gayford melamar dengan cincin pertunangan neneknya.
Namun, pasangan berkenaan masih belum menetapkan tarikh perkahwinan mereka.
Pada tahun lalu, Gayford memberitahu agensi media tempatan, Stuff, bahawa mereka tidak mempunyai masa untuk merancang hari perkahwinan.
“Saya gembira dapat bangun setiap pagi dan meluangkan masa dengan keluarga saya kerana ia merupakan tahun yang sibuk buat kami.
“Kami tidak berehat pun dan terdapat beberapa perkara yang perlu diutamakan terlebih dahulu.
“Oleh itu, perancangan (perkahwinan) telah ditunda,” katanya.
Ardern dan Gayford berkenalan dalam satu majlis anugerah pada 2012 dan 2018, mereka telah dikurniakan anak perempuan bernama Neve Te Aroha Ardern Gayford.
Agensi
Mon Mar 29 2021
Gayford dan Ardern bertunang pada cuti perayaan Easter pada 2019 di Mahia, Gisbourne apabila Gayford melamar dengan cincin pertunangan neneknya. - Foto Instagram/@clarkegayford
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
Rakyat New Zealand mengundi hari ini untuk pilih perdana menteri baharu
Rakyat New Zealand keluar mengundi pada pilihan raya umum, susulan peletakan jawatan mengejut bekas perdana menteri Jacinda Ardern.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bekas PM New Zealand Jacina Ardern dilantik sebagai Dame
Dame Grand Companion of the New Zealand Order of Merit merupakan anugerah kedua tertinggi selepas Order of New Zealand, yang hanya dianugerahkan kepada 20 orang yang masih hidup.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jacinda Ardern contoh terbaik 100 hari pertama pengurusan negara - Penganalisis politik
Beliau melaksanakan langkah penyelesaian multidimensi dan membina momentum untuk pastikan kelangsungan pelaksanaan agendanya.
Chris Hipkins dilantik sebagai Perdana Menteri ke-41 New Zealand
Hipkins, 44, yang merupakan bekas Menteri Tindak Balas COVID-19 dan Menteri Polis dipilih oleh Parti Buruh secara rasmi Ahad lepas.
New Zealand: Jacinda Ardern buat penampilan terakhir sebagai Perdana Menteri
"Saya ingin anda tahu bahawa saya meninggalkan tugas ini dengan penuh rasa sayang yang tidak terhingga untuk Aotearoa New Zealand."
PM baharu New Zealand: Chris Hipkins dipilih ganti Jacinda Ardern
Hipkins akan mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-41 New Zealand pada Rabu ini.
Chris Hipkins dijangka ganti Jacinda Ardern sebagai PM baharu New Zealand
Hipkins yang berusia 44 tahun pertama kali dipilih sebagai Ahli Parlimen untuk Parti Buruh pada 2008.
PM New Zealand Jacinda Ardern umum letak jawatan
Ardern meletak jawatan pada usia 42 tahun, selepas lima tahun lebih memegang jawatan tertinggi negara itu.